LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam 192

BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN

PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai agensi pusat bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan program penajaan dan latihan kepada Pegawai Awam menerusi program latihan, pemberian kemudahan cuti belajar dan biasiswa untuk pengajian di dalam dan luar negara. Di samping itu, JPA juga turut menawarkan beberapa program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan menepati kriteria penajaan untuk melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat termasuklah Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan dalam usaha membangunkan modal insan negara. Sepanjang tahun 2023, Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) telah mengeluarkan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan saraan Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti senarai di bawah: SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA (MyPPSM) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2023: Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja Sektor Awam Pemberian subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) ini telah dinikmati mulai tahun 2007. Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2023, telah bersetuju menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah Pegawai Perkhidmatan Awam daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 berkuat kuasa mulai 1 April 2023 bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam. MyPPSM Ceraian PO.4.1.1 – Dasar Hubungan Majikan-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam – Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Kerajaan telah bersetuju bilangan ahli Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P) ditambah daripada 20 orang kepada 30 orang bagi mengambil kira keperluan perwakilan skim-skim perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Justeru, kuorum mesyuarat MBK P&P turut dipinda daripada 10 kepada 15 orang ahli Pihak Pekerja. Penambahbaikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2023. Surat Edaran JPA.(S) 800-1/1/14(24) bertarikh 23 Mac 2023 – Penambahbaikan Kemudahan Pakaian Istiadat Pegawai Perkhidmatan Awam. Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Pakaian Istiadat ditambah baik seperti berikut: a) Kadar bayaran pakaian istiadat dinaikkan daripada RM1,500.00 kepada RM3,500.00 merangkumi pakaian siang dan pakaian malam; dan b) Pakaian siang dan pakaian malam boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh tiga (3) tahun dan disokong dengan resit. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.1.2.2: Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi berkuat kuasa 1 Januari 2023. 2. 3. BIL TAJUK 1.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online