LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 193

Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.3 (5) bertarikh 5 April 2023 – Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan telah memutuskan supaya Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Terpilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Sukan-Sukan Perwakilan ditambah baik seperti berikut: (i) Pindaan Nama a. Nama “Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Sukan-Sukan Perwakilan” dipinda kepada “Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai-Pegawai Yang Terlibat Dalam Pertandingan Sukan Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa”; b. Nama “pegawai yang bertanding dalam sukan” dipinda kepada “atlet”; dan c. Nama “Majlis atau Jawatankuasa Pertandingan” dipinda kepada “Jawatankuasa Penganjur/ Pengelola”. (ii) peluasan jawatan di bawah kategori pegawai sukan yang layak diberi Cuti Tanpa Rekod; (iii) tambahan pegawai teknikal sebagai pegawai yang layak Cuti Tanpa Rekod; (iv) tambahan pegawai yang layak diberi Cuti Tanpa Rekod bagi tempoh menjalani latihan intensif atau perjalanan ke tempat pertandingan; dan (v) pindaan maksud sukan perwakilan. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.5.1 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Terlibat Dalam Pertandingan Sukan Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa) - berkuat kuasa mulai 5 April 2023. Surat Edaran JPA.(S)800-3/2/4 (27) bertarikh 10 April 2023 – Perubahan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 sebanyak RM700 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/ kakitangan lantikan kontrak. Bantuan ini turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) dengan bayaran sebanyak RM350. BKKA ini dibayar pada 17 April 2023. Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.3(16) bertarikh 22 Mei 2023 – Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai Kerajaan telah memutuskan supaya Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dipanjangkan kepada: (i) pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan atau Hari Gawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; (ii) pegawai yang berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah/ Wilayah Persekutuan Labuan; dan (iii) pegawai yang berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Sarawak. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.3.4 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai) – berkuat kuasa mulai 22 Mei 2023.

4.

5.

6.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online