LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

LAPORAN TAHUNAN

LAPORAN TAHUNAN

Imbas untuk versi di Laman Sesawang

Jabatan Perkhidmatan Awam 002

ISI KANDUNGAN

004

006 008

PETIKAN UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

PETIKAN UCAPAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

011

023

STATUS PERKHIDMATAN AWAM (DATA)

PROFIL KORPORAT

039

045

PENCAPAIAN UTAMA JPA 2023

KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

057 127

PENCAPAIAN BAHAGIAN & UNIT

PRESTASI KEWANGAN DAN AUDIT

Laporan Tahunan 2023 003

131

139

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

DIARI @ JPA

153

157

PROGRAM DAN MEDIA

PENERBITAN

189

173

PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA (MyPPSM) DAN SURAT EDARAN

KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

199

203

SIDANG REDAKSI

PUNCA KUASA

Jabatan Perkhidmatan Awam 004

PETIKAN UCAPAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Kini, adalah masa untuk “ THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE ” ditampilkan dengan kita perlu kembali kepada asas nilai individu dan organisasi untuk menyokong SCRIPT: For a Better Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri. G.R.E.A.T adalah rumusan akronim kepada butiran berikut; G – Good Governance (Tadbir Urus Terbaik) Tadbir urus yang dilaksanakan oleh Pegawai Awam dipandu melalui peraturan dan prosedur yang digubal dengan mengambil kira nasihat pemegang taruh ( stakeholder ). Meskipun amalan tadbir urus ini sentiasa ditambah baik sepanjang masa, ruang dan peluang untuk diambil kesempatan tetap wujud. Justeru, Kerajaan perlu menerapkan mekanisme akauntabiliti yang telus seperti tadbir urus terbaik ini bagi mengelakkan salah guna kuasa ini berulang. R – Responsible (Bertanggungjawab) Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah ditentukan oleh banyak faktor. Kepimpinan merupakan penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian matlamat organisasi. Persekitaran yang sentiasa berubah merupakan cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin. Kepimpinan bertanggungjawab ( responsible ) akan menghasilkan organisasi dan perkhidmatan yang bertanggungjawab. E – Empathy (Ihsan) Empati ini bermaksud kita meletakkan diri kita di tempat pelanggan atau sebagai penerima perkhidmatan. Sebagai contoh, perkhidmatan kaunter adalah perkhidmatan barisan hadapan yang penting. Orang awam yang menjadi pelanggan mempunyai kehendak dan ekspektasi yang tinggi terhadap perkhidmatan kaunter yang diberikan oleh jabatan-jabatan Kerajaan. Perkhidmatan kaunter yang cepat dan tepat serta singkat masa menunggu, merupakan harapan pelanggan. Hal ini dapat direalisasikan apabila kita Pegawai Awam berupaya meletakkan diri pada kedudukan sebagai seorang pelanggan. Pengamalan empathy atau ihsan ini telah menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. A – Accountable (Kebertanggungjawaban) Kerajaan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan rakyat. Kebertanggungjawaban harus digalas oleh Pegawai Awam yang telah diberikan amanah. Ini kerana amanah datang bersama tanggungjawab. Nilai akauntabiliti atau kebertanggungjawaban ini menggambarkan kesungguhan, komitmen dan kesetiaan Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan komitmen dan janji seperti yang termaktub dalam Ikrar Perkhidmatan Awam bagi memacu kecemerlangan berkhidmat demi rakyat untuk negara.

Laporan Tahunan 2023 005

T – Tenacity of Purpose (Fokus pada Matlamat) Pegawai Awam harus bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dengan memusatkan fikiran bahawa kegagalan kita menyempurnakan tugas akan menyebabkan matlamat akhir juga akan gagal. Bukan sekadar memenuhi atau mencapai Sasaran Kerja Utama atau Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan. Daya tahan, daya juang yang utuh sama ada fizikal dan mental akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan sekalipun berdepan dengan kesukaran.

TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2023 PADA 9 FEBRUARI 2023 AUDITORIUM JPA, KOMPLEKS C, PUTRAJAYA

Jabatan Perkhidmatan Awam 006

PETIKAN UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Ke arah Perkhidmatan Awam cemerlang berpaksikan Agenda Malaysia MADANI, saya ingin mengajak semua Pegawai Awam dan warga JPA untuk mengamalkan pendekatan 3R iaitu Re-structure , Re-alignment dan Re-engagement . Dalam apa jua pelaksanaan tugas kita seharian, pendekatan 3R ini perlulah dijadikan pedoman agar penyampaian perkhidmatan kita lebih efektif. Saya sentiasa mengamalkan 3R ini bagi melihat sesuatu isu/ permasalahan dalam perspektif serta sudut pandangan yang lebih holistik. Re-structure memerlukan kita sebagai warga JPA untuk sentiasa proaktif dengan turun padang untuk mendapat maklumat atau mengambil tahu setiap perkara yang berlaku di lapangan. Kita tidak sewajarnya mengambil sikap berdiam diri, tunggu dan lihat sahaja. Ataupun kita hanya mengambil tindakan apabila sesuatu masalah muncul. Proaktif memerlukan kita untuk berupaya meramalkan apa yang akan berlaku dan melakukan persediaan sewajarnya. Selain itu, Re-structure juga menuntut kita untuk meneliti semula struktur/ proses/ sistem supaya penggunaan sumber adalah optimum. Sebagai contoh, agensi yang tidak memberi output / outcome / keuntungan kepada Kerajaan perlulah dikaji semula. Re-alignment adalah penting bagi memastikan kejayaan pencapaian objektif yang telah dihasratkan Kerajaan. Sebagai contoh, Re-alignment menuntut kita untuk membuat penjajaran semula terhadap apa jua dasar/ inisiatif supaya ia seiring dengan persekitaran/ dasar semasa Kerajaan. Seterusnya yang terakhir adalah Re-engagement . Pelbagai kaedah Re-engagement seperti sesi libat urus, townhall , dialog, kaji selidik dan sebagainya adalah penting bagi menyingkirkan silos selain untuk mendapatkan input atau data yang lebih tepat. Sebelum saya akhiri ucapan, ingin saya ingatkan kembali peranan serta tanggungjawab kita sebagai Pegawai Awam dan juga warga JPA. Janganlah kita lupa amanah dan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. Ayuh, marilah sama-sama kita melaksanakan amanah dengan hati yang tulus ikhlas melalui pendekatan 3R iaitu Re-structure , Re-alignment dan Re-engagement . Apa sahaja yang kita sumbangkan dan usahakan, pastinya diberi ganjaran oleh Allah Subhanahuwataala dan memberi impak yang baik kepada organisasi, masyarakat dan negara.

DATO’ SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 16 JUN 2023 AUDITORIUM JPA, PUTRAJAYA

Laporan Tahunan 2023 007

Marilah sama-sama kita melaksanakan amanah dengan hati yang tulus ikhlas melalui pendekatan 3R iaitu Re-structure , Re-alignment dan Re-engagement .

Jabatan Perkhidmatan Awam 008

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, S yukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmatNya jua, Laporan Tahunan 2023 ini berjaya dihasilkan. Penerbitan laporan tahunan ini merupakan satu khazanah ilmu yang merakamkan pencapaian dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepanjang tahun 2023. Sukacita juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Pegawai Awam atas segala usaha serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2023. Perkhidmatan Awam adalah tonggak negara. Sehubungan itu, semua Pegawai Awam diseru untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan kepimpinan Kerajaan serta membawa perubahan ke arah kebaikan demi negara. Perkhidmatan Awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan. Perancangan, persediaan, adaptasi dan dedikasi semua Pegawai Awam amatlah penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat dalam apa jua cabaran yang dihadapi. Asas nilai individu dan organisasi iaitu THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE (Good Governance, Responsible, Empathy, Accountable, Tenacity of Purpose) perlu diterjemahkan dengan tindakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Perkhidmatan Awam era Malaysia MADANI perlu mempunyai ‘ good practices ’ yang merangkumi kepantasan dalam menjalankan tugas, berintegriti, konsisten melaksanakan penambahbaikan tatakelola, turun padang bagi menangani isu dan bergerak sebagai satu kumpulan dengan mengelakkan sikap ‘ silo ’. Sebagai tulang belakang pentadbiran negara, jentera Perkhidmatan Awam perlu sentiasa menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat kepada rakyat dan negara. Akhir kata, saya berharap agar semua warga JPA dapat menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia dalam mendepani pelbagai cabaran dan berusaha mengatasinya sebaik mungkin serta dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua pihak.

DATO’ SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Laporan Tahunan 2023 009

Perkhidmatan awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan.

Jabatan Perkhidmatan Awam 010

Laporan Tahunan 2023 011

PROFIL KORPORAT

Jabatan Perkhidmatan Awam 012

CARTA ORGANISASI

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (PEMBANGUNAN)

TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (OPERASI)

PENGARAH BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI

PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA

PENGARAH BAHAGIAN PENCEN

PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN DASAR

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI

PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN

PENGARAH BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN

PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

KETUA UNIT AUDIT DALAM

PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PENGARAH BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENASIHAT UNDANG-UNDANG

KETUA KOMUNIKASI KORPORAT

KETUA UNIT INTEGRITI

Laporan Tahunan 2023 013

VISI

Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat

MISI

Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam

SLOGAN

OBJEKTIF ž Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh; ž Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya; ž Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik; ž Menguruskan Pegawai Awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan; ž Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam; ž Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan; ž Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada Pegawai Awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja; dan ž Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. “Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan” Menambah baik tadbir urus, mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan Perkhidmatan Awam supaya lebih cekap dan efektif dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang diyakini dan dipercayai rakyat.

Jabatan Perkhidmatan Awam 014

FUNGSI JPA

PERANCANGAN ž Menentukan peranan sektor awam; ž Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam; ž Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia; ž Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan; ž Menentukan implikasi penswastaan/ pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan ž Membangunkan jaringan dan pakatan/ rakan strategik. PEMBANGUNAN

ž Menentukan dasar pembangunan organisasi; ž Menentukan dasar pembangunan kerjaya; ž Pembangunan laluan kerjaya; ž Membangunkan pelan perancangan penggantian; dan ž Menentukan dasar latihan. PENGURUSAN

ž Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia; ž Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan; ž Menguruskan pemantauan dasar; dan ž Menguruskan penilaian dasar.

Laporan Tahunan 2023 015

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 1. Memberikan maklum balas untuk aduan/ pertanyaan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. 2. Mengeluarkan surat makluman dan penyiaran keputusan pemangkuan/ kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam (Bukan Gunasama) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang. 3. Memberi konsultasi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima. 4. Menguruskan sesi libat urus melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) satu (1) kali setahun. 5. Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kelulusan Pengurusan. 6. Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota Perkhidmatan Awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pegawai Psikologi menerima permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien. 7. Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. 8. Memastikan kelulusan faedah persaraan wajib diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh persaraan. 9. Memastikan pengemaskinian maklumat portal JPA dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh maklumat diterima. 10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/ latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.5 pada skala 1-7 daripada penilaian peserta melalui Digital Training Information and Management System (DTIMS). 11. Ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Memorandum Jemaah Menteri yang diterima daripada Kementerian/ Agensi dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima.

Jabatan Perkhidmatan Awam 016

FUNGSI BAHAGIAN

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

ž Melaksanakan latihan yang memberi tumpuan kepada pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam. ž Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultasi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR (BPPD)

ž Melaksana penyelidikan, kajian impak dan penilaian dasar pengurusan sumber manusia. ž Merancang keperluan dan unjuran makro sumber manusia sektor awam. ž Menjalin kolaborasi strategik pengurusan sumber manusia sektor awam dalam dan luar negara. ž Menyelaras ulasan/ maklum balas JPA bagi mesyuarat jemaah menteri, mesyuarat mesyuarat utama Kerajaan, persidangan parlimen dan organisasi antarabangsa. ž Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), mesyuarat-mesyuarat khas dan Mesyuarat Perancangan Strategik JPA. ž Menyelaras pelaksanaan penilaian prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN (BK)

ž Menggubal dan melaksana dasar dan strategi perkhidmatan. ž Memantau pelaksanaan dasar perkhidmatan. ž Memberi khidmat nasihat dan runding selia berkaitan dasar perkhidmatan. ž Mengurus sumber manusia Perkhidmatan Gunasama. ž Mengurus prestasi dan penilaian kompetensi Perkhidmatan Awam. ž Melaksana urusan tatatertib, peperiksaan dan kenaikan pangkat Perkhidmatan Awam.

BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI (BPO)

ž Menggubal dan memberi khidmat nasihat berkaitan dasar perjawatan dan skim perkhidmatan. ž Melaksanakan kajian, memberi khidmat nasihat dan rundingan melibatkan urusan skim perkhidmatan, penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan. ž Pengurusan data maklumat perjawatan dan skim perkhidmatan. ž Menjalankan audit perjawatan dan skim perkhidmatan.

Laporan Tahunan 2023 017

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI)

ž Merancang, menggubal dan menyelaras dasar-dasar dan program-program penajaan dan latihan. ž Melaksanakan program-program penajaan dan program-program latihan berikut:

a) Latihan Sebelum Perkhidmatan b) Latihan Dalam Perkhidmatan ž Menguruskan kutipan balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi.

BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN (BGE)

ž Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan sistem saraan Kerajaan (gaji, elaun dan kemudahan sektor awam). ž Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan perhubungan majikan-pekerja. ž Menyelidik dan membuat kajian mengenai saraan.

BAHAGIAN PENCEN (BP)

ž Menggubal dan melaksanakan dasar faedah persaraan dan faedah terbitan. ž Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Undang-Undang Pencen yang berkuat kuasa. ž Meluluskan persaraan, faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah pemberhentian perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa. ž Meluluskan percantuman perkhidmatan lepas (PPL) bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. ž Meluluskan pemberian taraf berpencen (PTB) kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. ž Menguruskan kemudahan perubatan (rawatan dialisis) melibatkan pesara serta mengeluarkan surat jaminan perubatan (GL) kepada pesara dan ibu bapa pesara perkhidmatan awam persekutuan dan pihak berkuasa berkanun tertentu. ž Menguruskan pembayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan. ž Mengawal selia pelaksanaan urusan persaraan dan pembangunan sistem pengurusan pencen oleh pihak KWAP. ž Mengurus data persaraan dan data pemberhentian perkhidmatan. ž Mengurus program libat urus dan khidmat nasihat melibatkan pelanggan dan pihak berkepentingan; ž Menguruskan permohonan pendaftaran anak OKU tanggungan pesara dan anak belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). ž Mengurus aduan yang diterima daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Jabatan Perkhidmatan Awam 018

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)

BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (BPPs) ž Menguruskan urusan penstrukturan dan naziran perjawatan di JPA. ž Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai JPA. ž Menguruskan pembangunan latihan dan kompetensi personel di JPA. ž Menguruskan urusan berkaitan perkhidmatan dan kaunseling bagi pegawai JPA. ž Menguruskan urusan kewangan, perolehan dan pembangunan di JPA. ž Menguruskan program kualiti di JPA. ž Menguruskan urusan pentadbiran dan logistik di JPA. ž Menguruskan aktiviti Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dan Kelab JPA. ž Menyelaras pelaksanaan Aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS) di JPA. ž Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ). ž Menggubal dan menyelaras dasar dan strategik hala tuju psikologi Perkhidmatan Awam. ž Mengawal selia dan memantau pelaksanaan pengurusan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ž Menyedia khidmat kepakaran dan sebagai sumber rujukan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ž Merancang dan melaksana kajian penyelidikan berkaitan isu psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ž Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan amalan nilai dalam Perkhidmatan Awam. ž Merangka, merancang dan membangun garis panduan/ modul psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ž Merangka, merancang, membangun, menyelaras, memantau dan melaksana penggunaan instrumen psikometrik dalam Perkhidmatan Awam. ž Merancang dan menyelaras pengurusan data psikologi dalam Perkhidmatan Awam. ž Melaksana peranan Ketua Profesion dalam merangka, merancang, membangun dan menyelaras latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Skim Perkhidmatan Psikologi Gunasama Persekutuan.

Laporan Tahunan 2023 019

BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BDTM)

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) ž Bertanggungjawab untuk memastikan HRMIS dilaksanakan di semua agensi dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Digital. ž Menyedia dan membekal maklumat personel sektor awam yang menyeluruh. ž Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dipercayai dan selamat. ž Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi berlandaskan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP). ž Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT. ž Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT. ž Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan JPA. ž Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi JPA. ž Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan. ž Mengurus dan memantau kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA. ž Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, MyGCC dan saluran komunikasi JPA. ž Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA secara tahunan. ž Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan JPA bersama-sama Bahagian/ Unit.

PENASIHAT UNDANG-UNDANG (PUU)

ž Memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan. ž Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. ž Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang di dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi. ž Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam 020

ž Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya. ž Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi. ž Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang. ž Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.

UNIT AUDIT DALAM (UAD)

ž Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. ž Melaporkan kepada Ketua Eksekutif hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. ž Menilai aktiviti Jabatan dengan memberi tumpuan terhadap penggunaan sumber serta pencapaian matlamat yang diharapkan secara efektif, efisien dan ekonomi.

UNIT INTEGRITI (UI)

ž Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di JPA. ž Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di JPA. ž Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di JPA serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. ž Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan di JPA. ž Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. ž Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di JPA.

Laporan Tahunan 2023 021

Jabatan Perkhidmatan Awam 022

Laporan Tahunan 2023 023

STATUS PERKHIDMATAN AWAM ( DATA )

Jabatan Perkhidmatan Awam 024

PERKHIDMATAN TERAS JPA

Dasar Pengurusan Sumber Manusia

Urusan Perkhidmatan

Perjawatan dan Organisasi

Gaji, Elaun dan Kemudahan

Latihan & Perundingan

Perkhidmatan Psikologi

Biasiswa dan Tajaan

Pencen

KEANGGOTAAN JPA Perjawatan dan Pengisian di JPA

JUMLAH KESELURUHAN PERJAWATAN 2,539 JUMLAH PERJAWATAN 2,277 JUMLAH PENGISIAN

JUMLAH PERJAWATAN

JUMLAH PENGISIAN

BIL KATEGORI

1. Kumpulan Pengurusan Tertinggi 2. Kumpulan Pengurusan & Profesional 3. Kumpulan Pelaksana

43

40

883

787

1,613

1,450

Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan

Laporan Tahunan 2023 025

PELANGGAN JPA Pegawai Awam

JUMLAH KESELURUHAN PEGAWAI AWAM

JUMLAH PERJAWATAN

JUMLAH PENGISIAN

BIL KATEGORI

1. Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP)

1,409,372

1,229,205

2. Perkhidmatan Awam Negeri (PAN)

103,898

88,120

1,744,748 JUMLAH PERJAWATAN 1,505,218 JUMLAH PENGISIAN

3. Badan Berkanun Persekutuan (BBP)

156,420

122,974

4. Badan Berkanun Negeri (BBN) 5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

16,555

14,197

58,503

50,722

Nota : Data sehingga September 2023 Sumber: • Perjawatan – Sistem MyPost, BPO, JPA • Pengisian – Kementerian/ PSUK Negeri

Graf: Trend Perjawatan Awam Tahun 2020-2023

1,744,748

1,731,557

1,720,627

1,711,072 Bilangan Perjawatan

2023

2020

2021

2022

Nota : Data Perjawatan bagi tahun 2020, 2021 dan 2022 adalah pada kedudukan 31 Disember manakala bagi 2023 adalah pada kedudukan 30 September 2023.

Jabatan Perkhidmatan Awam 026

Agensi Kerajaan

JUMLAH KESELURUHAN AGENSI KERAJAAN

BIL KATEGORI

JUMLAH AGENSI

1. Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) 2. Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) 3. Badan Berkanun Persekutuan (BBP) 4. Badan Berkanun Negeri (BBN) 5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Perjawatan dan Organisasi

160 397

84 101

888 JUMLAH AGENSI

146

Pesara dan Penerima Pencen Terbitan

JUMLAH KESELURUHAN PESARA DAN PENERIMA PENCEN TERBITAN

BIL KATEGORI

JUMLAH 688,585 243,122

1. Pesara

2. Penerima Pencen Terbitan

Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Pencen

931,707 JUMLAH

Graf: Bilangan Pesara dan Penerima Pencen Terbitan dari Tahun 2020-2023

931,707

902,999

878,441

859,422

Bilangan Keseluruhan

2023

2020

2021

2022

Laporan Tahunan 2023 027

Pelajar Tajaan

JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR TAJAAN 44,219 JUMLAH

JUMLAH PELAJAR TAJAAN

BIL KATEGORI

1. Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam Negara) 2. Latihan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara) 3. Latihan Dalam Perkhidmatan (Luar Negara) 4. Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara)

1,781

40,866

207

1,365

Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam 028

LATIHAN SEKTOR AWAM

STATISTIK PESERTA MENGHADIRI LATIHAN SEKTOR AWAM DI INTAN BAGI TAHUN 2023 01

Bilangan Peserta 33,572

Bilangan Peserta 33,475

Bilangan Peserta 355,428

DATA STATISTIK DIGITAL TRAINING INFORMATION &

MANAGEMENT SYSTEM (DTIMS) 2023 02

Bilangan Kursus 739

Bilangan Mohon 88,678

Bilangan Hadir 33,572

Skor Kursus 6.71

DATA STATISTIK INTEGRATED EVENT MANAGEMENT GATEWAY (I-EMG) 2023 03

Bilangan Kursus 156

Bilangan Mohon 41,871

Bilangan Hadir 33,475

Skor Kursus 6.66

Laporan Tahunan 2023 029

DATA STATISTIK E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) 2023 04

Bilangan Keahlian 153,609

Bilangan Daftar 532,581

Bilangan Tamat 355,428

Jumlah Kursus 272

18,789 Pegawai Awam

JUMLAH PENYERTAAN

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) Jabatan Perkhidmatan Awam 030

JPA berperanan mengurus penawaran program penajaan dan latihan kepada Pegawai Awam untuk mengikuti kursus jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang sama ada di dalam atau luar negara. Pegawai tertanggung sedia ada dan pegawai baharu termasuk pegawai yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh (CBBP) bagi tahun 2023 seperti jadual berikut: Jadual: Jumlah Pegawai Tertanggung Bagi Tahun 2023

LOKASI PENGAJIAN

PROGRAM

PERINGKAT PENGAJIAN

JUMLAH

DALAM NEGARA

LUAR NEGARA

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)

Ph.D

21 14

10

49

Sarjana

4

Ph.D

356 438

20

832

Sarjana

18

Ph.D

53 72

- - - - - -

125

Sarjana Sarjana

11 - 2

SPADA

11

Diploma Lanjutan Sijil/ Diploma TVET

Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP)

Diploma

93

315

Ijazah (Sepenuh Masa & Separuh Masa)

220

-

Ph.D

3

13

Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tajaan Lain-lain Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Biasiswa JUMLAH KESELURUHAN

Sarjana

21

27

70

Sijil/ Diploma Lanjutan

-

6 - 2

Ph.D

46

129

Sarjana

81

1,431

100

1,531

JUMLAH KESELURUHAN

1,431 pegawai di dalam negara

100 pegawai di luar negara

1,531 pegawai

Laporan Tahunan 2023 031

LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN (LSP) Sebanyak 7 program penajaan dalam dan luar negara telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM95.07 juta dan melibatkan 14,935 slot penawaran tajaan. Perincian pencapaian LSP tahun 2023 adalah seperti berikut:

JUMLAH KESELURUHAN PENAJAAN 12,381 pencapaian penajaan

PENCAPAIAN TAHUN 2023

BIL. PROGRAM

1. Program Penajaan Nasional (PPN) 2. Program Khas JPA-MARA (PKJM) 3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) 4. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) 5. Program Dermasiswa B40 (DB40) 6. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 7. Program Penajaan Anak Diplomat (PADi)

20

227

155

191

4,353 7,409

26

KUTIPAN BALIK PINJAMAN DAN TUNTUTAN GANTI RUGI Sehingga 31 Disember 2023, bilangan penama yang berstatus aktif adalah seramai 79,820 orang. Pecahan berdasarkan jenis tuntutan adalah seperti berikut: Rajah: Bilangan Penama Aktif Berdasarkan Jenis Tajaan sehingga 31 Disember 2023

JUMLAH KESELURUHAN PENAMA 79,820 orang

JENIS TAJAAN

BILANGAN PENAMA

Pinjaman Pelajaran (KWATPPPP)

53,507

Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Model Baharu Penajaan

23,515

Ganti Rugi Biasiswa Persekutuan

2,513

Ganti Rugi Pinjaman (PBU)

285

Jabatan Perkhidmatan Awam 032

PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan terletak di lapan buah negara dengan penempatan pegawai-pegawai seperti berikut:

PENEMPATAN

NAMA PEGAWAI

Tariq Affendi Yahya bin Osman Nur Zarifah binti Mohamad Zahidi Mohd Nazim bin Annas Mohamad Amirul Faiz bin Mohd Fozi Mohd Shazrol bin Mohd Shah Mohd Redza Nizam bin Radzuan Salwa Izani binti Kamarzaman Imran bin Yussof Yang Munirah binti Abdul Ghani

London, United Kingdom

Paris, Perancis

Frankfurt, Jerman

Wellington, New Zealand

Tokyo, Jepun

Nur Khairunnisa binti Abdillah Azziera binti Hashim Shahril Nizam bin Idris Liyana Jalwati binti Alias Sangeeta a/p Balachanthra

Washington D.C., Amerika Syarikat

Seoul, Korea Selatan

Chennai, India

Laporan Tahunan 2023 033

INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM

Kajian Indeks Kesejahteraan Perkhidmatan Awam (IKPM) dilaksanakan untuk mengukur tahap kesejahteraan Pegawai Awam dari aspek emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial serta dapat mengimbangi dalam urusan kerjaya dan kehidupan seharian. Graf: Skor Indeks Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam (IKPM) Tahun 2018-2023

7.58 (n=159,633)

7.43 (n=218,397)

7.05 (n=227,510)

6.83 (n=182,822)

Petunjuk Skor Indeks

8-10 5-7 0-4

Tinggi

Skor Indeks

Sederhana

Rendah

2023

2020

2021

2022

Jabatan Perkhidmatan Awam 034

Graf: Bilangan Pengguna HRMIS bagi Tahun 2021-2023 Jumlah Pengguna Jumlah Aduan Berdasarkan daripada laporan yang dijana, jumlah pengguna HRMIS meningkat untuk tiga tahun terkini (2021, 2022 dan 2023). Ini menunjukkan semakin ramai Pegawai Awam menggunakan sistem HRMIS bagi perkhidmatan berkaitan pengurusan sumber manusia. Jumlah aduan di Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) adalah menurun ketika penangguhan pelaksanaan KPI HRMIS pada tahun 2023. Graf: Jumlah Aduan Sistem Pengurusan Bantuan (SPMB) bagi Tahun 2021-2023 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) 10,019,016 38,949 2023 9,639,623 47,128 2022 7,740,456 20,294 2021

2023

2021

2022

Laporan Tahunan 2023 035

PENTADBIRAN, KORPORAT DAN PENERBITAN

Sepanjang tahun 2023, statistik bagi jumlah pelaksanaan aktiviti yang adalah seperti di bawah :

AKTIVITI

JUMLAH

Kunjungan Hormat

70

Penerbitan

£ Laporan Tahunan JPA £ Coffee Table Book JPA £ Bulletin JPA

1 1 1

Poster/ Infografik

540 100

Kandungan Paparan TV Digital

Liputan Foto

£ Program £ Foto

508 15,240

Kandungan Portal

300

MEDIA DAN PUBLISITI Promosi program/ dasar/ aktiviti JPA dilaksanakan secara strategik menerusi semua saluran yang bersesuaian seperti media massa, media sosial rasmi Jabatan dan komunikasi secara bersemuka melalui perkhidmatan kaunter pameran. Jadual: Pencapaian Pengikut Laman Media Rasmi JPA

AKTIVITI

JUMLAH PENGIKUT

Facebook (Jabatan Perkhidmatan Awam)

611,855 102,826 38,230

X (@jpagov)

Instagram (@jpa2day)

YouTube (Jabatan Perkhidmatan Awam)

957

Nota : Data sehingga Disember 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam 036

Jadual: Pencapaian Reach Tertinggi pada Tahun 2023

KOMUNIKASI VISUAL

REACH 1,079,916 793,291 263,922

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Waris pesara dan penerima pencen terbitan Bantuan Khas Penghargaan Tahun 2023

Soalan Lazim Berhubung Surat Edaran JPA.100-11/4/1 (13): Pemakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kenaikan Kadar Maksimum & Pemberian Awal Award Wang Tunai Penjelasan Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% kepada Pesara Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

215,751

145,791

144,370 134,549

KHIDMAT PELANGGAN Pengurusan aduan dan maklum balas JPA diterima melalui lima (5) sumber utama iaitu emel, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA), Biro Pengaduan Awam (BPA), saring semula dan hadir sendiri. Sepanjang tahun 2023, JPA telah menerima sebanyak 4,024 aduan dan maklum balas mengikut kategori seperti berikut:

JENIS

KATEGORI

TERIMA

JUMLAH

Biasa

120

Aduan

127

Kompleks Pertanyaan

7

3,763

Rayuan

43 75

Bukan Aduan

3,897

Cadangan

Penghargaan

16

4,024 aduan

JUMLAH KESELURUHAN ADUAN DITERIMA

Laporan Tahunan 2023 037

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN LUARAN JPA Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JPA bagi menilai tahap kecekapan pengurusan perkhidmatan di samping menambahbaik kualiti perkhidmatan serta memperkasakan Perkhidmatan Awam pada tahap terbaik. Graf : Statistik Kepuasan Pelanggan Luaran JPA Mengikut Tahun

97.80%

92.20%

91.33%

2023

2021

2022

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN SECARA MAYA (e-Pelanggan) Program Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya (e-Pelanggan) merupakan salah satu inisiatif JPA dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan menerusi komunikasi dua hala antara pelanggan bersama pegawai-pegawai JPA dengan memberi ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pendapat, cadangan mahupun pertanyaan. Bagi tahun 2023, sebanyak enam (6) sesi e-Pelanggan telah dilaksanakan dengan pencapaian tahunan adalah seperti berikut:

Graf : Statistik e-Pelanggan bagi Tahun 2023

70,734 jumlah kunjungan Website e-pelanggan 1,056 jumlah sesi sembang

Februari Mac Mei Julai

248

254

165

164

September November

101

124

TOPIK TERTINGGI BAHAGIAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENCEN

224

103

88

103

Pencen dan Persaraan

Naik Pangkat

GCR

Pertukaran

BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

115

92

50

Elaun

Cuti

Biasiswa/ Penajaan

Jabatan Perkhidmatan Awam 038

Laporan Tahunan 2023 039

PENCAPAIAN UTAMA JPA TAHUN 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam 040

1/3

Dengan kerjasama : Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Kebangsaan Malaysia

KEPADA PEGAWAI AWAM

INFOGRAFIK UKK,JPA JANUARI 2024

Laporan Tahunan 2023 041

2/3

Pegawai Awam Gred 56 dan ke bawah

Pegawai Awam

INFOGRAFIK UKK,JPA JANUARI 2024

Jabatan Perkhidmatan Awam 042

3/3

INFOGRAFIK UKK,JPA JANUARI 2024

Laporan Tahunan 2023 043

Jabatan Perkhidmatan Awam 044

Laporan Tahunan 2023 045

KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM ( SSPA )

Jabatan Perkhidmatan Awam 046

KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)

PENGENALAN

Setelah hampir 21 tahun anggota Perkhidmatan Awam mengguna pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM), Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar semakan sistem saraan dilaksanakan menerusi Kajian SSPA. Kajian SSPA ini dilaksanakan bagi menangani cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh Perkhidmatan Awam melibatkan; i. Pendapatan boleh guna Pegawai Awam tidak seiring dengan peningkatan produktiviti dan kos sara hidup semasa; ii. Keperluan pembangunan kepimpinan digital; iii. Bebanan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran emolumen dan faedah persaraan Pegawai Awam; dan iv. Pembudayaan nilai dan integriti Pegawai Awam. Prinsip SSPA telah dibentuk dengan mengambil kira perkaitan antara pembentukan modal insan dan aspirasi nasional. Tiga (3) elemen utama prinsip SSPA adalah Dinamik , Nilai dan Adil (DNA) , yang merangkumi elemen organisasi dan Pegawai Awam.

Rajah: Prinsip SSPA

D N A

Dinamik Struktur dan Skim perkhidmatan serta modal insan sektor awam yang tangkas dan sedia masa hadapan.

Nilai Penerapan nilai dan amalan murni Pegawai Awam ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan berorientasikan rakyat. Adil Kesaksamaan dan kesamarataan dalam penetapan dasar sumber manusia merangkumi fasa sebelum, semasa dan pasca perkhidmatan.

Laporan Tahunan 2023 047

Keberhasilan Utama SSPA Dua (2) keberhasilan utama yang disasarkan dalam SSPA berkisar kepada pembangunan dan peningkatan produktiviti Perkhidmatan Awam. Keberhasilan utama yang pertama adalah untuk memantapkan kesejahteraan dan produktiviti kerja Pegawai Awam. Manakala keberhasilan utama kedua adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber yang ada seperti tenaga kerja, teknologi, dan kewangan dengan cara yang paling efektif dan efisien.

Memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber

Memantapkan kesejahteraan dan produktiviti kerja Pegawai Awam

Objektif SSPA

Meningkatkan kecekapan agensi/ Pegawai Awam 01 Mengoptimumkan kos pengurusan 02

OBJEKTIF

Pegawai Awam 03

Menggalakkan produktiviti

Pegawai Awam 04

Meningkatkan kesejahteraan

Jabatan Perkhidmatan Awam 048

Tadbir Urus Kajian SSPA Tadbir urus kajian ini dipandu oleh tiga (3) peringkat jawatankuasa yang telah dibentuk bersama sama dengan tanggungjawab khusus ke arah mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada;

01

02

03

Jawatankuasa Induk Kajian SSPA(JIKSPA)

Jawatankuasa Teknikal Kajian SSPA (JTKSPA)

Jawatankuasa Kerja SSPA (JKKSPA)

Strategi Pelaksanaan SSPA

Cabaran

STRATEGI PELAKSANAAN

Pendapatan boleh guna Pegawai Awam tidak seiring dengan kos sara hidup semasa Bebanan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran emolumen dan faedah persaraan Pegawai Awam Keperluan pembangunan kepimpinan digital Keperluan pembudayaan nilai dan integriti Pegawai Awam

Meningkatkan pendapatan boleh guna Pegawai Awam Mengurangkan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran faedah persaraan Meningkatkan produktiviti Pegawai Awam melalui pembudayaan nilai dan adaptasi teknologi pendigitalan

Laporan Tahunan 2023 049

Sesi Libat Urus Sebanyak enam (6) sesi libat urus melibatkan kelompok perkhidmatan Kementerian dan agensi serta 13 sesi libat urus di peringkat negeri telah berjaya dilaksanakan. Secara keseluruhannya, seramai 13,659 Pegawai Awam telah menghadiri sesi-sesi berkenaan. Sesi libat urus (SLU) adalah seperti gambar SLU berikut: a) Sesi Libat Urus Kelompok Perkhidmatan STATUS PELAKSANAAN KAJIAN SSPA PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA CUEPACS SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN SAINS & TEKNOLOGI 01 02

Tarikh: 18 Julai 2023

Tempat: Jabatan Perdana Menteri

Tarikh: 29 Julai 2023

Tempat: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN KESELAMATAN

SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN KESIHATAN

03

04

Tarikh: 30 Julai 2023

Tempat: Kementerian Dalam Negeri

Tarikh: 31 Julai 2023

Tempat: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Awam 050

SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN PENGURUSAN

SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

05

06

Tarikh: 1 Ogos 2023

Tempat: Kementerian Ekonomi

Tarikh: 1 Ogos 2023

Tempat: Kementerian Pendidikan Malaysia

SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN TEKNIKAL

07

Tarikh: 2 Ogos 2023

Tempat: Kementerian Kerja Raya

b) Sesi Libat Urus Peringkat Negeri

SESI LIBAT URUS YBHG. DATO' SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED, KPPA BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PULAU PINANG

02

01

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI TERENGGANU

Tarikh: 5 September 2023

Tempat: Terengganu

Tarikh: 18 Ogos 2023

Tempat: Pulau Pinang

Laporan Tahunan 2023 051

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM DI NEGERI KEDAH

03

04

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 13 September 2023

Tempat: Kedah

Tarikh: 8 September 2023

Tempat: Negeri Sembilan

05

06

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PERAK

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PAHANG

Tarikh: 15 September 2023

Tempat: Perak

Tarikh: 20 September 2023

Tempat: Pahang

08

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI SELANGOR

07

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PERLIS

Tarikh: 26 September 2023

Tempat: Selangor

Tarikh: 22 September 2023

Tempat: Perlis

Jabatan Perkhidmatan Awam 052

09

10

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI MELAKA

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI KELANTAN

Tarikh: 27 September 2023

Tempat: Melaka

Tarikh: 10 Oktober 2023

Tempat: Kelantan

11

12

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM DI NEGERI JOHOR

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM DI NEGERI SABAH

Tarikh: 1 November 2023

Tempat: Johor

Tarikh: 2 November 2023

Tempat: Sabah

23

SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM DI NEGERI SARAWAK

Tarikh: 10 November 2023

Tempat: Sarawak

Laporan Tahunan 2023 053

Perincian Sesi Libat Urus adalah seperti Rajah-Rajah di bawah.

Rajah: Perincian Sesi Libat Urus Kajian SSPA Peringkat Kelompok

BILANGAN PESERTA

KLUSTER

KETUA KLUSTER

TARIKH

650

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

2 Ogos 2023 (Rabu)

A, AB, AL, AT, H, J, JA

TEKNIKAL

DG, DH, DM, DS, DU, DUF, DUG, DV

3,666

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Ogos 2023 (Selasa)

PENDIDIKAN

B, E, L, LA, LS, M, N, NT, S, W, WA, WK

176

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi

1 Ogos 2023 (Selasa)

PENGURUSAN

U, UD, UF, S (Peg. Psikologi/

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

31 Julai 2023 (Isnin)

456

KESIHATAN

Pen. Peg. Psikologi)

660

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

30 Julai 2023 (Ahad)

KA, KB, KP, P, T, Y, YA, YP, ZA

KESELAMATAN

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

433

C, F, FA, FT, G, GV, Q

SAINS & TEKNOLOGI

29 Julai 2023 (Sabtu)

6,041 orang

JUMLAH KESELURUHAN PESERTA

Rajah: P erincian Sesi Libat Urus Kajian SSPA Peringkat Negeri Bagi Tahun 2023

Negeri Sembilan 737 orang

Pulau Pinang 557 orang

Terengganu 1,012 orang

Kedah 551 orang

Perak 1,187 orang

Pahang 1,118 orang

18 Ogos

5 September

8 September

12 September

14 September

20 September

2 November

1 November

10 Oktober

27 September

26 September

22 September

Sabah 528 orang

Johor 506 orang

Kelantan 412 orang

Melaka 269 orang

Selangor 1,228 orang

Perlis 547 orang

9,532 orang

JUMLAH KESELURUHAN PESERTA

10 November

Sarawak 880 orang

Jabatan Perkhidmatan Awam 054

Portal SSPA Portal Kajian SSPA (https://semakansaraan.jpa. gov.my) telah dibangunkan bagi membolehkan Pegawai Awam mengemukakan cadangan pembaharuan dan penambahbaikan berkaitan sistem saraan sedia ada. Sehingga 31 Disember 2023, sejumlah 45,140 responden yang melibatkan semua 229 skim perkhidmatan telah mengemukakan 118,390 cadangan menerusi portal Kajian SSPA.

45,140 jumlah responden

229 jumlah skim perkhidmatan

118,390 jumlah cadangan

Lawatan Penandaarasan Sesi penandaarasan pertama telah diadakan di Brunei Darussalam pada 8 hingga 11 November 2023. Manakala Sesi penandaarasan kedua telah diadakan di negara Australia pada 26 November hingga 6 Disember 2023.

Laporan Tahunan 2023 055

Jabatan Perkhidmatan Awam 056

Laporan Tahunan 2023 057

PENCAPAIAN BAHAGIAN & UNIT

Jabatan Perkhidmatan Awam 058

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) FORUM THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE : CABARAN DAN ASPIRASI BAHARU PERKHIDMATAN AWAM 01

Seramai empat (4) orang panel pembentang telah mengambil bahagian dalam forum iaitu YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh; YBrs. Dr. Mazrina binti Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia dan YBhg. Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Setiausaha Sulit Kanan, Ketua Setiausaha Negara. Ahli panel telah mengupas kepentingan lima (5) elemen G.R.E.A.T iaitu Governance, Responsible, Empathy, Accountable & Tenacity of Purpose dalam pelaksanaan tugas melalui pengalaman mereka dalam menguruskan organisasi masing-masing. Forum ini memberi pendedahan mengenai kepentingan elemen The G.R.E.A.T Civil Service kepada Pegawai Awam di samping memberi kefahaman mengenai pengaplikasian konsep G.R.E.A.T menerusi pelaksanaan inisiatif inisiatif baharu dalam amalan pekerjaan seharian dan bagi melonjakkan imej dan tahap perkhidmatan. Forum The G.R.E.A.T Civil Service ini telah mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatat penyertaan seramai 450 orang Pegawai Awam daripada pelbagai agensi Kerajaan di seluruh Malaysia. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah INTAN.

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan ucaptama pada Forum The G.R.E.A.T Civil Service dan seterusnya melancarkan Buku G.R.E.A.T serta Modul Latihan Konsep G.R.E.A.T pada 20 Jun 2023 di Auditorium INTAN, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Buku yang telah dihasilkan ini membawakan latar belakang cetusan idea The G.R.E.A.T Civil Service oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara dan hubungkaitnya dengan Gagasan Malaysia MADANI. Lima nilai utama dalam konsep G.R.E.A.T dijelaskan dengan lebih terperinci, di samping perbincangan berkaitan cabaran Perkhidmatan Awam masa hadapan. Modul kursus yang dihasilkan pula bertujuan menyematkan hasrat, falsafah dan aspirasi The G.R.E.A.T Civil Service dalam kalangan Pegawai Awam, yang diharapkan dapat mencorakkan budaya kerja yang unggul dalam pelaksanaan tugas di organisasi masing-masing. Pada majlis ini juga, Forum The G.R.E.A.T Civil Service telah dilangsungkan sebagai medan perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh Pegawai Awam dalam menghayati dan melaksanakan aspirasi G.R.E.A.T sebagai hala tuju penyampaian perkhidmatan oleh sektor awam dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online