LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 191

Perkara ini termaktub di bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1995 P.U. (A) 203 yang menjelaskan bahawa perkara-perkara berhubung dengan Biasiswa Persekutuan dan Latihan diletakkan di bawah bidang tugas JPA, dan menjadi tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Selari dengan perjalanan kuasa dan tugas-tugas yang dipersetujui, JPA saban tahun melaksanakan program penajaan dan latihan dengan merujuk kepada dasar-dasar sedia ada dan keputusan keputusan Jemaah Menteri berkaitan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Objektif utama pelaksanaan program penajaan JPA bagi latihan dalam dan sebelum perkhidmatan adalah bertujuan untuk membangunkan modal insan yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik sektor awam dan negara. Sehubungan itu, program latihan dalam dan sebelum perkhidmatan dirangka dengan pelbagai bentuk yang lebih komprehensif dan inklusif ke arah membangunkan modal insan yang responsif dan kompeten (mempunyai sikap bersesuaian, berkemahiran dan berpengetahuan). 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Dasar Latihan dan Penajaan Ceraian SM.2.1.0: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam 2. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Dasar Latihan dan Penajaan Ceraian SM.2.1.1: Tawaran Latihan dan Biasiswa Oleh Negara-negara/ Yayasan-yayasan dan Badan-badan Asing dan Antarabangsa 3. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Dasar Latihan dan Penajaan Ceraian SM.2.1.2: Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar-pelajar Tajaan Kerajaan di Luar Negara 4. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Dasar Latihan dan Penajaan Ceraian SM.2.1.3: Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/ Dermasiswa Persekutuan/ Hadiah Latihan Persekutuan 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Dasar Latihan dan Penajaan Ceraian SM.2.1.4: Peraturan Mengenai Pegawai Kerajaan Yang Menjadi Isteri Kepada Pegawai Kerajaan Dan Atase Tentera Yang Mengikuti Kursus SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA (MyPPSM) BIL TAJUK

SENARAI DAN SURAT EDARAN

BIL

TAJUK

1. Surat Edaran Ketetapan Bayaran Elaun Kepada Pelajar Institut Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali/ Praktikal Di Sektor Awam

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online