LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Laporan Tahunan 2023 179
KERANGKA PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN AWAM (K-PPA) 04 PENGENALAN
Kerangka ini dibangunkan berasaskan prinsip keterangkuman (inclusive), kesepaduan (integrated) dan keseluruhan (all encompassing) ke arah melahirkan sistem Perkhidmatan Awam berprestasi tinggi. K-PPA yang dibangunkan telah mengenal pasti lima (5) Bidang Keberhasilan Utama (BKU) sebagai panduan dalam penetapan hala tuju utama dalam organisasi awam. Lima (5) BKU tersebut adalah seperti berikut: £ Penggunaan Sumber Secara Optimum £ Modal Insan Berkeupayaan Tinggi £ Kepimpinan Membudaya Nilai Menggerak Perubahan £ Memperkasa Tadbir Urus £ Memperkasa Sistem Penyampaian Perkhidmatan STATUS SEMASA Sesi Libat Urus Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (K-PPA) telah diadakan pada 7 Disember 2023 melibatkan wakil-wakil dari 10 buah Kementerian bagi mendapatkan pandangan berhubung kesesuaian K-PPA untuk diterima pakai dan disesuaikan dengan perancangan strategik agensi masing-masing. RANTAIAN KE HADAPAN Pelaksanaan K-PPA adalah bersifat Long Term Planning bagi setiap organisasi awam. Aspirasi utama adalah supaya mulai 2024 K-PPA ini diguna pakai dalam Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam (PSJPA) dan disebar luas ke semua organisasi awam sebagai sumber rujukan dalam Perancangan Strategik setiap organisasi awam.
Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang memberi penumpuan untuk membangunkan sektor awam yang berkesan dan bertanggungjawab bagi memenuhi harapan rakyat yang semakin meningkat, JPA telah mengambil langkah untuk menggerakkan pembaharuan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira kelompongan dalam pengurusan strategik Perkhidmatan Awam secara keseluruhan. Justeru, inisiatif Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (K-PPA) diwujudkan untuk bertindak sebagai nadi penggerak hala tuju strategik Perkhidmatan Awam agar Perkhidmatan Awam menjadi organisasi yang terus kekal relevan pada sebilang masa. Pada ketika ini, MAMPU melalui Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 2 Tahun 2021 telah menyediakan Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam (PSOSA). Secara asasnya, panduan berkenaan menggariskan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh organisasi awam dalam merangka pelan strategik. Ia meliputi dua (2) fasa iaitu, fasa pembangunan pelan strategik dan fasa pasca pembangunan pelan strategik. Fasa pembangunan pelan strategik meliputi perancangan dan formulasi manakala fasa pasca pembangunan pelan strategik meliputi proses pelaksanaan, pemantauan dan pengukuran prestasi dan penilaian serta semakan semula. Sungguhpun panduan berkenaan telah menggariskan tindakan yang perlu dilaksanakan, namun dimensi-dimensi generik yang boleh diadaptasikan oleh semua organisasi awam tidak dinyatakan secara jelas. Oleh yang demikian, K-PPA adalah kerangka generik yang memberi nilai tambah (added value) dalam pewujudan pelan strategik organisasi awam untuk mencapai Perkhidmatan Awam berprestasi tinggi. Sejajar dengan nilai-nilai MADANI iaitu Mampan, Sejahtera, Daya Cipta, Hormat, Yakin dan Ihsan, beserta dengan nilai G.R.E.A.T. iaitu Good Governance, Responsible, Empathy, Accountable dan Tenacity of Purpose .
Sesi Libat Urus Kerangka Pembaharuan Perkhidmatan Awam (K-PPA) bersama 10 Kementerian pada 7 Disember 2023
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online