LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 178
STATUS SEMASA Mesyuarat Kerja Memperkasa Peranan Agensi Pusat Bersama Agensi Pelaksana telah diadakan dalam tiga siri iaitu pada 21 dan 22 Februari; 8 dan 9 Mac serta 16 Mac 2023 yang melibatkan 12 agensi pelaksana. Tujuan utama libat urus ini adalah untuk mendapatkan input dan maklum balas dari sudut perspektif agensi pelaksana berhubung isu yang dihadapi di peringkat pelaksanaan ketika melaksanakan dasar/ arahan yang dikeluarkan oleh agensi pusat. RANTAIAN KE HADAPAN Usaha untuk meningkatkan kecekapan penyampaian Perkhidmatan Awam diteruskan dalam KSP RMKe-12 yang meliputi pemodenan Perkhidmatan Awam berlandaskan kepada pendekatan Kerajaan Berteknologi Termaju (GovTech) yang merangkumi Perkhidmatan Awam yang mudah diakses, berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. Oleh itu, melalui inisiatif memperkasa peranan agensi pusat ini, fungsi-fungsi agensi pusat yang bertindih serta mana-mana proses kerja yang melambatkan penyampaian perkhidmatan di pihak agensi pelaksana dapat dikenal pasti dan dikurangkan supaya akhirnya manfaatnya sampai kepada rakyat dalam bentuk penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Mesyuarat Kerja Memperkasa Peranan Agensi Pusat bersama agensi pelaksana Siri 2 : Pengurusan Strategik dan Organisasi, Penerimaan Teknologi serta Penyampaian Perkhidmatan pada 8-9 Mac 2023
Beberapa siri bengkel dan perbincangan BPR akan diadakan mulai Februari 2024 dan dijangka selesai pada Julai 2024. Mulai Ogos 2024, fasa ketiga akan diteruskan dengan proses penetapan sumber dari segi sumber manusia, teknologi dan kewangan yang secukupnya bagi menyokong pelaksanaan proses kerja yang baharu. Seterusnya mulai November 2024 hingga April 2025, struktur organisasi baharu bagi agensi pusat akan ditentukan berdasarkan penyampaian perkhidmatan yang bersifat seamless merentasi agensi berpaksikan pendekatan data analitik raya. Garis masa pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti Rajah di bawah:
Rajah: Garis Masa Pelaksanaan Inisiatif Memperkasa Agensi Pusat
2024
2025 April
Februari - Mac
April - Julai
Ogos - Oktober
November -
Perbincangan bagi Memperhalusi dan Memperkemaskan BPR
Bengkel Business Process Reengineering (BPR)
Penentuan Sumber Berdasarkan BPR
Penentuan Struktur Organisasi
Inisiatif akan diteruskan dan dimuktamadkan pada tahun 2025.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online