LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 177

INISIATIF MEMPERKASA PERANAN AGENSI PUSAT 03 PENGENALAN Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) sedang menjalankan inisiatif memperkasa peranan agensi pusat di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai agensi penyelaras dan Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebagai agensi pelaksana. Di bawah RMKe-12, tumpuan diberikan ke atas peningkatan keberkesanan pelaksanaan jentera kerajaan dan menggalakkan sistem penyampaian kerajaan bersepadu (total government/ whole of government). Untuk itu, fokus keutamaan adalah bagi mentransformasi Perkhidmatan Awam ke arah membangun Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi seterusnya meningkatkan kemampuan untuk menyediakan Perkhidmatan Awam berkualiti.

Ekosistem yang menyokong kecemerlangan Perkhidmatan Awam yang merangkumi sumber manusia, sumber kewangan, proses kerja dan penerimagunaan teknologi perlu terus dimantapkan. Inisiatif yang telah dikenal pasti adalah keperluan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan agensi pusat iaitu JPA, MOF, KE, MAMPU dan ICU. Gerak kerja inisiatif ini terbahagi kepada empat fasa pelaksanaan seperti berikut: (i) Fasa 1 - Semakan peranan dan fungsi; (ii) Fasa 2 - Business Process Reengineering (BPR); (iii) Fasa 3 - Penentuan sumber berdasarkan BPR; dan (iv) Fasa 4 – Penentuan struktur organisasi. Selain itu, empat (4) kluster bagi skop dan aktiviti agensi pusat telah dikenal pasti dan dipersetujui berserta penyelaras kluster seperti Rajah di bawah:

Rajah: Ringkasan Skop dan Aktiviti Merentasi Agensi Pusat

4 KLUSTER

JPA

MOF

KE

MAMPU

PERANCANGAN EKONOMI & PENGURUSAN PROJEK/ PROGRAM AWAM

PEMODENAN & PENDIGITALAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PENGURUSAN FISKAL & KEWANGAN AWAM

2 AKTIVITI

5 AKTIVITI

3 AKTIVITI

3 AKTIVITI

Pengurusan Program/ Projek Berasaskan Keberhasilan

Perjawatan dan Organisasi

MOF, KE & ICU

Pengurusan ICT Sektor Awam

MOF, KE & MAMPU

Perkhidmatan

JPA & MOF

JPA & MOF

Penyampaian Perkhidmatan Berpacukan Data Pembayaran Elektronik Sektor Awam

JPA, MOF, KE, ICU & MAMPU

Pembangunan Modal Insan

JPA, KE & ICU

Saraan dan Kemudahan

Agenda Bumiputera

JPA & MOF

KE & ICU

Agenda Perlindungan Sosial

MOF & MAMPU

MOF, KE & ICU

KE & ICU

Ekonomi Makro

Pengurusan Badan Berkanun

MOF, KE & ICU

Tadbir Urus Kewangan Sektor Awam

JPA & MOF

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online