LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 176
KAJIAN INISIATIF PEMERKASAAN INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA) 02 PENGENALAN
mesyuarat kerja bersama pihak dalaman dan luaran JPA yang mana lima (5) siri Mesyuarat Kerja Inisiatif Pemerkasaan ILA termasuk dua (2) siri Mesyuarat Kerja Pemurnian dan 13 siri lawatan ke ILA terpilih telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Sesi libat urus serta mesyuarat kerja yang dilaksanakan telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian-kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), 43 ILA, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bahagian Perkhidmatan (BK), Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) dan Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) dalam menyumbang input input yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kajian ini.
BPPD telah melaksanakan Kajian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) pada tahun 2023. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti isu dan cabaran ILA dalam menyokong pelaksanaan pembangunan kompetensi menerusi ketetapan dasar-dasar pengurusan dan pembangunan sumber manusia sedia ada serta pada masa yang sama memastikan peranan dan hala tuju ILA relevan serta seiring dengan penetapan aspirasi dan agenda di peringkat nasional. Pelaksanaan kajian secara in-house ini melibatkan tiga (3) peringkat siri libat urus serta
Mesyuarat Kerja Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) Siri 1 pada 23 - 25 Mei 2023 di INTAN Kampus Sabah
Mesyuarat Kerja Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) Siri 2 pada 13 - 15 Jun 2023 di INTAN Kampus Sarawak
Mesyuarat Kerja Pemurnian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA) Siri 1 pada 10 - 12 Oktober 2023 di Hotel New York, Johor Bahru
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online