LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 093

PROGRAM STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC) 2023 03

Program Student Assessment Centre (SAC) adalah satu mekanisme bagi menilai pelajar-pelajar cemerlang yang layak ditaja di bawah program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Proses penilaian dilaksanakan melalui Ujian Psikometrik, saringan dan tapisan pemilihan yang menyeluruh melibatkan komponen sahsiah pelajar. Program SAC bagi Program Penajaan JPA Tahun 2023 telah diadakan secara bersemuka di lokasi terpilih seluruh Malaysia. Seramai 4,176 pelajar terlibat dalam sesi penilaian ini yang melibatkan empat (4) program penajaan seperti berikut: i. Program Penajaan Nasional (PPN); ii. Program Lepasan SPM (LSPM); iii. Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ); dan iv. Program Khas JPA-MARA. Kaedah penilaian ini dilaksanakan bagi membolehkan pihak JPA mengenal pasti bakat yang terbaik dalam kalangan pelajar cemerlang seluruh negara bagi mengikuti program-program penajaan di bawah JPA sama ada di dalam mahupun di luar negara. Pada tahun 2023, JPA menambah baik proses pelaksanaan SAC dengan menambah bilangan Pusat SAC kepada 11 lokasi berbanding 10 lokasi pada tahun 2022.

Barisan Urusetia Bergambar Kenangan bersama PBI Sempena Lawatan ke Tapak SAC di UNITEN Bangi

Barisan Urusetia SAC Bersedia untuk Melaksanakan Tugas di UNITEN Bangi

Sesi Taklimat Peserta Program SAC 2023

Sesi Temuduga SAC 2023

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online