LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
PROGRAM REORIENTASI GRADUAN BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI TAHUN 2023 04 Jabatan Perkhidmatan Awam 094
Program Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan Signature Programme tahunan JPA sejak tahun 2016 dengan kolaborasi bersama rakan strategik JPA iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi di bawahnya iaitu Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia. Program ini bertujuan bagi: £ memberi penjelasan mengenai obligasi kontrak, prosedur pendaftaran graduan dengan badan profesional dan permohonan jawatan di Portal SPA9; £ memberi penjelasan mengenai dasar-dasar semasa dan prosedur terkini pengambilan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi ke dalam Perkhidmatan Awam; £ memberi pendedahan berkaitan latihan siswazah dan laluan kerjaya; dan £ menjadikan program ini sebagai platform bagi pihak-pihak yang berkepentingan bagi menjelaskan isu-isu yang berbangkit kepada graduan. Program Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2023 di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya. Seramai 730 orang graduan telah hadir dalam sesi yang dilaksanakan selama satu hari ini. Program ini merupakan kesinambungan daripada Taklimat Kontrak dan Perjanjian kepada Pelajar Tajaan JPA bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang telah dilaksanakan secara dalam talian pada 8 September 2023. Sepanjang tahun 2023 sehingga bulan Disember, diunjurkan seramai 2,371 orang pelajar perubatan, pergigian dan farmasi yang telah menamatkan pengajian. 95% daripadanya merupakan pelajar tajaan di dalam negara dan selebihnya adalah pelajar tajaan di luar negara dengan pecahan graduan mengikut bidang seperti berikut, graduan Perubatan sebanyak 75% (1,772 orang), graduan Pergigian sebanyak 14% (327 orang) dan graduan Farmasi sebanyak 11% (272 orang). BMI mengingatkan graduan untuk memenuhi obligasi kontrak tajaan dan meminta supaya graduan bersiap-siaga menghadapi alam pekerjaan. BMI juga memaklumkan bahawa JPA telah melaksanakan tanggungjawab Kerajaan selaku penaja melalui urusan penajaan dan bantuan kewangan. Selain itu, Kerajaan juga turut membantu untuk memudah cara proses berkaitan pengajian dan pemantauan prestasi akademik dan kebajikan pelajar dan memudah cara pelajar tamat pengajian dengan jayanya dan seterusnya membuka peluang graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Program ini merupakan inisiatif hasil kolaborasi bersama-sama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi di bawah KKM.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online