LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam 066

09

PERMUKIMAN TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN 2023

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyampaikan amanat kepada 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan semasa Permukiman Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pada 25 Februari 2023 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan. Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi

dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tatakelola atau tadbir urus jentera Kerajaan. Aspek-aspek ini merangkumi KPI MADANI Kerajaan Perpaduan, Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Integriti dan Tatakelola Organisasi, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme serta Komunikasi Media. Program turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan 5 orang Pegawai Kanan Kerajaan.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online