LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Laporan Tahunan 2023 065
08
PERMUKIMAN SETIAUSAHA POLITIK KERAJAAN PERPADUAN
Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tatakelola atau tadbir urus jentera Kerajaan. Aspek-aspek ini merangkumi taklimat berkaitan Pengharmonian Pentadbiran Awam dan Pimpinan Politik, Prestasi Kewangan Negara dan Aspirasi Penjimatan Kerajaan, Integriti dan Tatakelola Kerajaan dan Perkembangan Isu-Isu Politik Semasa. YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turut bersama di dalam program dan menyampaikan taklimat mengenai Isu dan Cabaran Sumber Manusia Perkhidmatan Awam.
YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyampaikan amanat kepada barisan Setiausaha Politik Kerajaan Perpaduan semasa Permukiman Setiausaha Politik Kerajaan Perpaduan pada 30 April 2023 di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang Setiausaha Politik telah hadir pada program ini yang dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Setiausaha Politik Kerajaan Perpaduan. Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online