LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 170
PENERBITAN BULETIN 02 Buletin Penyelidikan Psikologi Perkhidmatan Awam ini telah diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai satu platform untuk pegawai psikologi khususnya dan Pegawai Awam secara amnya bagi berkongsi penulisan kajian yang dihasilkan. Bahagian Pengurusan Psikologi JPA saban tahun menerima artikel-artikel penyelidikan yang dihasilkan oleh individu yang berkait rapat dengan isu di tempat kerja serta hasil penemuan penting pengalaman bertugas sebagai pegawai psikologi. Buletin Penyelidikan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke-8 tahun 2023 berjaya diterbitkan dengan enam (6) artikel yang terpilih. Antaranya artikel yang dihasilkan berkaitan dengan isu seperti tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan warga kerja, keselesaan dan kesesuaian kemudahan bilik kaunseling, pusingan kerja dan faktor kegembiraan, dan keinginan kekal bekerja serta persepsi gangguan seksual dalam kalangan penyelia di organisasi. Selain itu, terdapat penulisan berkaitan pengaruh seks cyber dalam masyarakat masa kini. Penyumbang artikel dalam buletin pada kali ini terdiri daripada pegawai psikologi yang ditempatkan di organisasi dan di komuniti berdasarkan kepada kajian yang dijalankan di organisasi masing-masing. Tajuk Artikel Buletin: 1. Perbandingan Tahap Tekanan, Kebimbangan dan Kemurungan Warga Kerja di dalam Negeri dengan Warga Kerja di luar Negeri bagi Kementerian Luar Negeri. 2. Kajian Tahap Keselesaan dan Kesesuaian Terhadap Kemudahan Sedia Ada di Bilik Kaunseling di Jabatan Ketua Menteri Melaka. 3. Kajian Pusingan Kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. 4. Persepsi Gangguan Seksual dalam Kalangan Penyelia di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. 5. Tinjauan Umum Faktor Kegembiraan dan Keinginan Kekal Bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam Kalangan Penolong Pegawai Psikologi. 6. Seks Cyber dalam Masyarakat Masa Kini Yang Mempengaruhi Kesihatan Psikologi.
Buletin Penyelidikan Psikologi Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online