LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 169

Artikel kedua adalah bertajuk “Relationship Between Workplace Stress and Job Performance Among Staff At The Ministry of Works” . Tekanan di tempat kerja memberi kesan kepada prestasi kerja di sektor awam. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara tekanan di tempat kerja dan prestasi kerja dalam kalangan warga kerja di Kementerian Kerja Raya. Justeru, pemantauan secara berterusan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran kakitangan dalam menguruskan tekanan di samping mengekalkan prestasi pekerjaan yang cemerlang di tempat kerja melalui pelbagai program yang berteraskan psikologi sebagai elemen pembangunan dan pencegahan dalam membangunkan persekitaran kerja yang produktif di tempat kerja. Manakala artikel ketiga bertajuk “Pengalaman Amalan Percakapan Kendiri (Self-Talk) Dalam Kalangan Kaunselor Di Malaysia Semasa Mengendalikan Intervensi Krisis” Pendedahan kepada pengalaman traumatik secara berterusan oleh kaunselor yang mengendalikan kes krisis boleh menjejaskan kesihatan psikologi mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor berpengalaman cenderung menggunakan percakapan kendiri sebagai salah satu strategi untuk melindungi diri mereka daripada kesan psikologi yang berterusan. Kaunselor yang mengendalikan kes krisis boleh diperkenalkan dengan teknik bercakap kendiri yang berpotensi dan bernilai semasa sesi intervensi. Teknik ini dapat mengurangkan risiko tekanan kepada kaunselor selepas mengendalikan kes trauma akibat pendedahan berterusan. Artikel keempat bertajuk “Tekanan Bekerja Dalam Kalangan Guru Tabika Perpaduan” . Guru Tabika Perpaduan merupakan barisan hadapan jabatan yang terlibat secara langsung dengan masyarakat untuk memupuk perpaduan negara melalui pendidikan awal

kanak-kanak. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja guru-guru ini adalah di tahap sederhana dengan faktor utama tekanan guru ialah keterbatasan masa dan sumber. Kajian ini akan membantu kementerian merancang intervensi psikologi yang strategik bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi guru dengan memastikan keberkesanan dan interaksi positif guru-murid dapat dikekalkan. Selain itu, dapatan artikel kelima bertajuk “Through The Lens Of Professional Recognition: Understanding Support Needs Among Educational Psychologists In Malaysia” Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi dan keperluan sokongan bagi ahli psikologi pendidikan di Malaysia, dengan menumpukan kepada pengaruh pengiktirafan profesional. Ahli psikologi pendidikan di Malaysia ingin bekerjasama dengan profesional dari pelbagai disiplin dan menunjukkan minat terhadap pembangunan profesional berterusan dan latihan. Peranan ahli psikologi pendidikan di Malaysia dapat diperkasa serta menyokong profesion yang lain di dalam bidang pendidkan khususnya. Artikel kelapan “Assessing Working Memory Performance and Attention in School Children: A Descriptive Analysis Towards Cognitive Functioning” bertujuan untuk mengkaji prestasi ingatan kerja dan perhatian kanak kanak sekolah. Dapatan kajian ini menonjolkan keperluan untuk mengutamakan intervensi yang boleh meningkatkan fungsi kognitif dalam kalangan murid sekolah. Ia menekankan kepentingan mempertimbangkan faktor kognitif semasa mereka bentuk dan melaksanakan program pembelajaran, tidak kira sama ada ia dihantar dalam talian atau luar talian. Kajian ini dapat menyumbang kepada bidang pengetahuan sedia ada dan menegaskan keperluan untuk intervensi yang meningkatkan fungsi kognitif kanak-kanak sekolah.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online