LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 124
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI 03 Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi telah diadakan pada 20 Jun 2023 di Dewan Mezzanine, JPA. Program ini bertujuan memberi kefahaman berkaitan karakter dan amalan kewangan dan panduan penggunaan gaji yang optimum. Selain itu, program ini juga berhasrat dapat membantu peserta mempraktikkan amalan dan nilai yang terpuji dalam pengurusan kewangan peribadi pegawai. Program ini telah dihadiri oleh seramai 32 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB JPA TAHUN 2023 04 Kursus Pengurusan Tatatertib JPA Tahun 2023 telah diadakan pada 8 hingga 10 Ogos 2023 di Dewan Mezzanine, JPA. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai hal-hal tatakelakuan dan larangan dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, program ini juga berhasrat dapat meningkatkan kefahaman berkaitan prosedur pengendalian kes-kes tatatertib dan tugas pengawalan dan pengawasan tatatertib pegawai. Program ini telah dihadiri oleh seramai 45 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online