LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 123

UNIT INTEGRITI

PROGRAM-PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Unit Integriti (UI) berperanan merancang dan menetapkan hala tuju pengurusan integriti dan tadbir urus di Jabatan berdasarkan enam (6) fungsi teras Unit Integriti iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatatertib di Jabatan bagi memastikan warga Jabatan mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, berintegriti dan seterusnya membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. Pada tahun 2023, Unit Integriti (UI) telah melaksanakan 5 program pengukuhan integriti yang

merangkumi pengurusan tatatertib dan nilai murni. Senarai program tersebut adalah seperti berikut:

KURSUS PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH SIRI 1: BERHATI-HATI PENIPUAN SCAMMER MEDIA SOSIAL 01 Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah Siri 1 bertajuk “Berhati-hati Penipuan Scammer Media Sosial” telah diadakan pada 28 Februari 2023 secara dalam talian. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab tentang bahaya jenayah siber dan garis panduan pencegahannya serta menerangkan trend penipuan terkini. Program ini telah dihadiri oleh seramai 173 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

KURSUS PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH SIRI 2: RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA PEGAWAI AWAM 02 Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah Siri 2: Rasuah dan Salah Guna Kuasa Pegawai Awam telah diadakan pada 22 Jun 2023 secara dalam talian dan telah dihadiri oleh seramai 82 orang yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Objektif utama penganjuran kursus ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan komitmen warga JPA dalam memperkukuhkan organisasi dan memantapkan nilai-nilai yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online