LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 096
Anjuran Bersama: Sektor Pendidikan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, golongan profesional komuniti Malaysia di New Zealand dan Auckland Malaysia Liaison Bureau Bilangan Peserta Terlibat : 65 pelajar Tarikh : 19 Ogos 2023 Impak : £ 100% pelajar yang terlibat bersetuju bahawa program memberikan pengetahuan yang bermanfaat dan wajar diteruskan pada masa akan datang; dan £ 7 daripada 9 pelajar di bawah Had Kecemerlangan Akademik dalam Semester 1/2023 di Auckland telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik dalam Semester 2/2023 PROGRAM 3: LEADERSHIP ACCELERATION PROGRAM 2023 - INTRODUCTION TO AGILE WORKSHOP DI AUCKLAND 05
Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Diaspora Malaysia di Jepun telah diadakan pada 18 Disember 2023 bermula jam 4.00 petang bertempat di Hotel Imperial Tokyo. Seramai 350 jemputan telah hadir ke majlis ini dengan hampir 150 pelajar Jepun datang dari wilayah besar Kanto dan wilayah berdekatan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Luar Negeri dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang memberikan ucapan berhubung polisi dan perancangan Kerajaan. Dalam sesi interaktif bersama diaspora Malaysia, YAB Perdana Menteri menyampaikan hasrat dan matlamat dalam gagasan Kerajaan Malaysia MADANI selain memberikan perspektif dan harapan hubungan Malaysia-Jepun melalui anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi. Menerusi sesi soal jawab YAB Perdana Menteri bersama pelajar berhubung dasar bekerja di luar negara bagi pelajar yang menyambung pengajian di luar negara, YAB Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelajar adalah digalakkan untuk bekerja di luar negara terutama untuk membolehkan mereka belajar budaya kerja Jepun tetapi harus pulang dan menyumbang kepada negara apabila tiba masanya. MAJLIS RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA DIASPORA DAN PELAJAR MALAYSIA DI JEPUN 18 DISEMBER 2023 06
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online