LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Laporan Tahunan 2023 085
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN PENAWARAN PROGRAM PENAJAAN DAN LATIHAN TAHUN 2023 01
Sepanjang tahun 2023, seramai 343 orang Pegawai Awam telah ditawarkan penajaan oleh pihak JPA untuk mengikuti kursus jangka panjang di bawah pelbagai program penajaan seperti Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB), HLPSB In-House dan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP). Tambahan itu, seramai 12 orang warganegara Malaysia dalam kalangan bukan Pegawai Awam turut telah ditawarkan penajaan di bawah Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) untuk mengikuti pengajian Sarjana dan Ph.D. Selain daripada penawaran penajaan oleh pihak JPA, pihak BMI, JPA turut terlibat selaku nominating agency untuk mencalonkan Pegawai Awam yang memohon dan berkelayakan bagi dipertimbangkan penajaan oleh badan tajaan asing yang berkaitan seperti Japan International Cooperation Agency (JICA), The Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology, Japan (MEXT), Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore (LKYSPP, NUS) dan sebagainya. Dalam membuat penawaran program penajaan tersebut, proses saringan dan semakan yang ketat telah dilaksanakan termasuklah temu duga bagi program-program tertentu seperti program HLP dan BYDPA. i. Temu duga program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023 T emu duga BYDPA tahun 2023 telah diadakan pada 10 dan 11 Mei 2023 bertempat di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Kompleks F Putrajaya. Seramai 38 calon telah menghadiri sesi temu duga ini yang melibatkan seramai 24 orang calon memohon pengajian peringkat Ph.D manakala seramai 14 orang calon memohon pengajian peringkat Sarjana. Barisan panel yang terlibat dalam sesi temu duga ini antaranya termasuklah daripada kalangan ahli akademik, pakar bidang atau wakil badan profesional yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang.
Sesi temu duga program Biasiswa Yang Dipertuan Agong pada 10 dan 11 Mei 2023
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online