LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 079

MAJLIS ONBOARDING PCF KOHORT 2 SESI 2023/ 2024 DAN

OFFBOARDING PCF SESI 2021/ 2022 07

Majlis Onboarding dan Offboarding PCF ini merupakan medium untuk menyampaikan amanat oleh Ketua Perkhidmatan serta menyuntik semangat para pegawai agar meneruskan prestasi kerja yang lebih cemerlang apabila ditempatkan di agensi penerima kelak. Majlis telah diadakan pada 26 Oktober 2023 dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan). Beliau turut menyampaikan surat penempatan kepada empat (4) orang pegawai PTD gred M48 dan M52 yang akan menyertai PCF Kohort 2 Sesi 2023/ 2024 dan sijil penyertaan PCF kepada 10 alumni PCF Sesi 2021/ 2022.

Amanat oleh YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, TKPPA (P) kepada Pegawai PCF Kohort 2 Sesi 2023/2024 dan Alumni PCF Sesi 2021/2022

Penyerahan Sijil Penyertaan PCF Kepada Alumni PCF Sesi 2021/22

PERSIDANGAN PEMERKASAAN INTEGRITI BERSAMA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM, KETUA AUDIT NEGARA DAN PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) PARLIMEN 08 Persidangan Pemerkasaan Integriti Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Ketua Audit Negara (KAN) dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah diadakan pada 27 September 2023 di Hotel Movenpick KLIA, Sepang, Selangor. Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk menyemarak prinsip tatakelola yang terbaik dan semangat akauntabiliti yang tinggi terhadap aspek pengurusan wang awam, selain menambah baik tindakan susulan oleh Ketua-Ketua Setiausaha/ Jabatan terhadap isu-isu audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkapli Mohamed Bersama YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin, Pengerusi PAC Parlimen dan YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara bergambar kenangan bersama Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan yang hadir ke Persidangan Pemerkasaan Integriti pada 27 September 2023

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online