LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Laporan Tahunan 2023 073
PROGRAM PERMUKIMAN PENGURUSAN TERTINGGI JPA TAHUN 2023 04 Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar telah melaksanakan Permukiman Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tahun 2023 pada 7 hingga 9 Julai 2023 di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 26 wakil termasuk Pengarah dan Pegawai Kanan daripada semua Bahagian di JPA dan INTAN telah menyertai program ini. Program strategik ini bertujuan membincangkan hala tuju JPA dan Perkhidmatan Awam yang telah menjurus kepada tiga komponen kerangka pembaharuan iaitu where we are, where we want to go dan how to get there . Sejajar dengan hasrat meluaskan horizon Perkhidmatan Awam, program ini juga telah menjemput pihak Malaysian Industry-Government Group for High Technology dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia untuk berkolaborasi dalam menjayakan program ini. Pengisian program ini ialah seperti berikut: 1. Talk on Scenario Planning oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology 2. Taklimat Pelan Strategik oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
3. Sesi Percambahan Minda 4. Sesi Pengukuhan Pasukan 5. Pembentangan Sasaran Kerja Utama JPA Tahun 2023
YBhg Dato’ Seri KPPA bersama-sama barisan Pengurusan Tertinggi JPA dan urus setia Program Permukiman Pengurusan Tertinggi JPA Tahun 2023 pada 7-9 Julai 2023
YBhg Dato’ Seri KPPA sedang memberi penerangan mengenai hala tuju JPA kepada barisan Pengurusan Tertinggi JPA semasa Program Permukiman Pengurusan Tertinggi JPA Tahun 2023 pada 7-9 Julai 2023
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online