LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 069

c) Mesyuarat Kerja Pemurnian Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bagi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Mesyuarat ini telah diadakan pada 16-18 Ogos 2023 di Hotel Hatten, Melaka. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyemak semula wajaran penilaian bagi indikator KPI Prestasi Perbelanjaan Sebenar bagi Peruntukan Pembangunan (DE). Mesyuarat kerja diadakan dengan kerjasama yang baik daripada ICU, Jabatan Perdana Menteri selaku Agensi Pemantau bagi indikator KPI berkaitan dan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Ketua Setiausaha Negara. Selain itu, turut hadir adalah ahli-ahli Jawatankuasa Khas Semakan KPI Perkhidmatan Awam (JKKS-KPIPA) yang terdiri daripada wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), wakil Ketua Audit Negara, wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, wakil Ketua Setiausaha KE, wakil Ketua Pengarah ICU dan wakil Ketua Pengarah MAMPU, serta wakil daripada Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN). Sesi libat urus melibatkan 10 Kementerian dan Jabatan terpilih turut diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas semasa mesyuarat tersebut.

YBhg. Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, SUSK Ketua Setiausaha Negara (duduk di tengah) bersama-sama ahli dan urus setia Mesyuarat

YBrs. Dr. Nor Mazny binti Abdul Majid, Pengarah BPPD (duduk di tengah) bersama-sama peserta mesyuarat

d) Mesyuarat Kerja Pemantapan dan Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Mesyuarat kerja ini telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2023 di Hotel Melia, Kuala Lumpur, dan dihadiri oleh 57 orang pegawai penyelaras KPI dari 18 Kementerian/ Agensi dan Kerajaan Negeri. Objektif utama penganjuran mesyuarat kerja adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai penyelaras mengenai pelaksanaan penilaian prestasi melalui KPI bagi PPTPA, penggunaan sistem MYKPI 2.0, dan juga memberikan penerangan berkenaan peranan mereka sebagai pegawai penyelaras. Dalam mesyuarat kerja tersebut, lima (5) orang penceramah jemputan telah berkongsi maklumat mengenai KPI dan dokumen utama Kerajaan, termasuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sesi perkongsian maklumat daripada para penceramah tersebut merupakan komponen utama bagi mesyuarat kerja kali ini. Untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang penetapan KPI, mereka juga diminta merangka KPI yang sesuai bagi organisasi masing-masing. Pakar perunding dari KPI Institute dijemput untuk memberikan ulasan kepada cadangan KPI yang telah disediakan. Melalui ulasan tersebut, para peserta dapat memahami lebih baik proses pemilihan, penetapan, dan penulisan bagi sesuatu KPI.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online