LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 018
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (BPPs) Menguruskan urusan penstrukturan dan naziran perjawatan di JPA. Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai JPA. Menguruskan pembangunan latihan dan kompetensi personel di JPA. Menguruskan urusan berkaitan perkhidmatan dan kaunseling bagi pegawai JPA. Menguruskan urusan kewangan, perolehan dan pembangunan di JPA. Menguruskan program kualiti di JPA. Menguruskan urusan pentadbiran dan logistik di JPA. Menguruskan aktiviti Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dan Kelab JPA. Menyelaras pelaksanaan Aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS) di JPA. Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Menggubal dan menyelaras dasar dan strategik hala tuju psikologi Perkhidmatan Awam. Mengawal selia dan memantau pelaksanaan pengurusan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Menyedia khidmat kepakaran dan sebagai sumber rujukan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Merancang dan melaksana kajian penyelidikan berkaitan isu psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan amalan nilai dalam Perkhidmatan Awam. Merangka, merancang dan membangun garis panduan/ modul psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Merangka, merancang, membangun, menyelaras, memantau dan melaksana penggunaan instrumen psikometrik dalam Perkhidmatan Awam. Merancang dan menyelaras pengurusan data psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Melaksana peranan Ketua Profesion dalam merangka, merancang, membangun dan menyelaras latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Skim Perkhidmatan Psikologi Gunasama Persekutuan.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online