LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Laporan Tahunan 2023 185
BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI PENGENALAN Bahagian Pengurusan Psikologi telah menjalankan beberapa kajian yang berkaitan penskiman perkhidmatan psikologi iaitu seperti berikut: KAJIAN PENSKIMAN SKIM PEGAWAI PSIKOLOGI DAN PENOLONG PEGAWAI PSIKOLOGI GUNASAMA PERSEKUTUAN 01 Kajian Penskiman ini mula dilaksanakan tahun 2021 dan selesai sepenuhnya pada tahun 2023 dengan kerjasama Bahagian Perjawatan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan serta Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi di Kementerian, Jabatan dan Agensi. Fungsi Umum dan Fungsi Utama Skim Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi telah ditambah baik dan dimuatkan dalam EZSkim pada 13 September 2022. Manakala penghuraian kerja Skim Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi telah ditambahbaik pada 13 Disember 2023. KAJIAN PEMETAAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI 02 Kajian Pemetaan Perkhidmatan Psikologi dilaksanakan pada 9-12 Mei 2023 untuk melihat fungsi penyampaian perkhidmatan psikologi dan hala tuju perkhidmatan psikologi negara. Perkhidmatan psikologi amat diperlukan dari peringkat kanak-kanak sehingga warga emas. Sehingga kini terdapat agensi yang melaksanakan perkhidmatan psikologi namun terdapat halangan dari aspek kawal selia, perancangan yang holistik dan penilaian keberkesanan kerana penempatan Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi adalah di bawah ketua perkhidmatan yang berbeza. Dari aspek pelaksanaan tugas perkhidmatan psikologi menggunakan punca kuasa yang sama, dan yang berbeza adalah penempatan di agensi sama ada di bawah gunasama dan bukan gunasama. Selain itu, aspek pelaporan, kawal selia penyampaian perkhidmatan tidak dapat diselaraskan dengan baik khususnya apabila berlaku krisis bencana negara menyebabkan pertindihan dari segi pelaporan kepada pemegang taruh. Rajah di sebelah menunjukkan Kerangka Pemetaan Perkhidmatan Psikologi di Malaysia. Dapatan kajian pemetaan ini akan diteruskan kajian lanjut untuk memperhalusi lompang yang wujud agar perkhidmatan psikologi dapat dirasai bukan hanya Pegawai Awam malah seluruh kelompok masyarakat.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online