LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Laporan Tahunan 2023 165
PENGENALAN Pada tahun 2023, Bahagian Perkhidmatan (BK) telah menerbitkan beberapa bahan untuk rujukan dan panduan kepada pegawai awam. Senarai penerbitan tersebut adalah seperti berikut: BAHAGIAN PERKHIDMATAN
BUKU SETITIK NILA 2.0: KOLEKSI PENGURUSAN KES TATATERTIB PEGAWAI AWAM 01
BK telah mengambil inisiatif meneruskan pimpinan terdahulu dengan mengeluarkan edisi terkini kompilasi kes-kes tatatertib dalam Perkhidmatan Awam untuk dijadikan panduan kepada ahli Lembaga Tatatertib, Ketua Unit Integriti, Ketua Jabatan dan Pegawai Sumber Manusia dalam menguruskan kes-kes tatatertib di Kementerian/ Jabatan masing masing. Dalam tempoh 14 tahun, pelbagai kes tatakelola yang baharu dan tidak dirangkum di dalam Buku Setitik Nila terdahulu akan dijelaskan di dalam Buku Setitik Nila 2.0 yang baharu ini.
Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib
E-BROSUR PROGRAM PENILAIAN KEPIMPINAN LEADERSHIP ASSESSMENT PROGRAMMES (LEAPS) 02
Penghasilan E-Brosur Program Penilaian Kepimpinan LEAPs adalah dalam format flipbook melalui kerjasama BK dan INTAN yang mengandungi maklumat-maklumat penting mengenai pelaksanaan LEAPs seperti berikut:- i. dasar LEAPs – tujuan pelaksanaan LEAPs dan implikasi ketidakhadiran LEAPs; ii. komponen penilaian LEAPs – Think, Lead, Speak dan Act (TLSA) berserta penerangan terperinci berkaitan komponen yang dinilai tersebut; iii. pelaksanaan LEAPs – jadual pelaksanaan dan keterangan aktiviti; iv. kursus pembangunan – cadangan kursus yang bersesuaian untuk dihadiri mengikut kategori LEAPs (JEMA); dan v. ekspektasi panel penilai – maklum balas dari kalangan panel penilai, iaitu ‘do’s & dont’s’ semasa penilaian.
E-Brosur Program Penilaian Kepimpinan LEAPs
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online