LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 116
KURSUS PRODUCT KNOWLEDGE SIRI 1/2023 : REFRESHER SISTEM POWER GEN2 02 Kursus Product Knowledge Siri 1/2023, refresher sistem Power Gen2 telah diadakan pada 26 Januari 2023 dengan kerjasama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di Bilik Latihan HRMIS, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelaksanaan kursus yang berlangsung selama sehari ini melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada petugas-petugas kaunter JPA4U dan pegawai-pegawai yang berkaitan dari Bahagian Pencen, JPA yang menggunakan sistem Power Gen2 dalam urusan tugasan seharian. Platform ini merupakan salah satu inisiatif UKP selaku urusetia induk dalam memantapkan tahap familiarisasi dan pengendalian di bawah penyeliaan pegawai-pegawai baharu dan sedia lantik terhadap sistem Power Gen2 .
KURSUS PRODUCT KNOWLEDGE SIRI 2/2023 : HANDS-ON SISTEM PENGURUSAN ADUAN AWAM (SISPAA) 03 Kursus Product Knowledge Siri 1/2023 telah diadakan pada 16 Februari 2023 dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA) bertempat di Bilik Latihan Komputer, Blok C2, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelaksanaan kursus ini berlangsung selama sehari dengan berkonsepkan Hands-On bagi membantu dalam pemahaman pengguna terhadap Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan Aduan (PPA) dari setiap bahagian yang berkaitan di JPA menyertai kursus ini. Turut diacarakan pada kursus ini adalah sesi penyampaian watikah pelantikan kepada PPA yang dilantik berdasarkan pencalonan yang diterima daripada bahagian masing-masing.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online