LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam 110

Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke-27 Tahun 2023 telah dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam pada 26 dan 27 September 2023 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Persidangan ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai psikologi dan pengurus sumber manusia seluruh negara. Matlamat pelaksanaan persidangan ini adalah untuk perkongsian pakar berkaitan Best Practices dari negara ASEAN berkaitan pembudayaan nilai, selain dapat mempromosikan Perkhidmatan Psikologi dalam Aplikasi Sumber Manusia dengan Kementerian, Jabatan dan Agensi seluruh negara. Persidangan ini dihadiri seramai 800 peserta dan mendapat sambutan yang amat baik. Tema persidangan adalah PRISMA (Profesionalisme, Integriti, Sahsiah dan Amanah) seperti rajah di bawah. Rajah: PRISMA (Profesionalisme, Integriti, Sahsiah dan Amanah) PERSIDANGAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KE-27 TAHUN 2023 02

Profesionalisme Pegawai Awam yang berkemampuan, cekap berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam melaksanakan tugas Integriti Pegawai Awam yang bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugas, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta tidak menyalahguna kuasa, menyeleweng dan rasuah Sahsiah Pegawai Awam yang mempunyai personaliti dan keperibadian yang boleh dicontohi sebagai insan yang terpuji Amanah Pegawai Awam yang melaksanakan tanggungjawab yang diberikan untuk kepentingan awam mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan

01 02 03 04

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online