LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 108
BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI BENGKEL PEMBANGUNAN DASAR PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM 01
Bengkel Pembangunan Dasar Psikologi Perkhidmatan Awam telah diadakan sebanyak 2 siri iaitu pada 1 hingga 3 Mac 2023 di Hotel Avillion, Port Dickson (Siri 1) dan 11 April 2023 (Siri 2) di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada Pegawai Psikologi di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi, Pensyarah Universiti, Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA), Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA). Bengkel Semakan Dokumen Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia telah diadakan pada 11 dan 12 Julai 2023 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Bengkel Pembangunan Dasar Psikologi Perkhidmatan Awam (Siri 1 dan 2)
Bengkel Semakan Dokumen Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia
SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI Taklimat Pelaksanaan SPAN 2.0 Perkhidmatan Awam (8 siri) telah diadakan pada Januari dan Februari 2023. Taklimat ini telah dihadiri oleh Pentadbir-pentadbir Agensi dan Ketua-ketua dan ahli-ahli pasukan pengurusan nilai daripada agensi-agensi Perkhidmatan Awam.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online