LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 105

PROGRAM KONTINJEN PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023 04

JPA telah menjadi penyelaras bagi Kontinjen Perkhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 yang telah diadakan pada 31 Ogos 2023 (Khamis) bertempat di Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya. Sesi latihan telah dilaksanakan bermula pada bulan Julai 2023 menggunakan khidmat daripada Polis Diraja Malaysia untuk melatih peserta kontinjen.

PERARAKAN KONTINJEN DAN PERHIMPUNAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H/2023 05

JPA telah menghantar penyertaan kontinjen bagi Perarakan Kontinjen dan Perhimpunan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023 yang telah diadakan pada 28 September 2023 (Khamis) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN AHLI MAJLIS BERSAMA JABATAN-JABATAN PERKHIDMATAN (MBJ-JPA) SESI 2022-2023 06

Kursus Pengukuhan Pasukan Ahli MBJ Sesi 2022 2023 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 28 30 Julai 2023 di Pulau Pinang bertujuan untuk membentuk pasukan MBJ-JPA yang efektif dan efisien di samping memperkukuh jaringan antara pihak pengurusan dan pekerja. Kursus ini juga telah diadakan bersekali dengan Mesyuarat MBJ-JPA Bil. 2/2023. Majlis Bersama Jabatan-Jabatan Perkhidmatan (MBJ-JPA) telah dilantik pada 26 April 2022 yang terdiri daripada 43 orang ahli iaitu 13 ahli yang dilantik oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mewakili Pihak Pegawai manakala 30 ahli yang dipilih oleh pekerja yang berkhidmat di JPA sebagai Pihak Pekerja.

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online