LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Laporan Tahunan 2023 101

LAWATAN KERJA KE JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) DI TAMAN NEGARA, PAHANG 04

Perjalanan menaiki bot untuk sampai ke Pos Kawalan di Taman Negara, Pahang

Lokasi Pos Kawalan di dalam Taman Negara

Lawatan ini telah diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2023 bertempat di Taman Negara, Pahang dengan kerjasama pegawai PERHILITAN. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesukaran yang dihadapi oleh pegawai di dalam tempoh penugasan di Pos Kawalan yang terletak jauh di pedalaman dan di kawasan yang sukar dicapai oleh pengangkutan darat. Tempoh penugasan pegawai di Pos Kawalan adalah selama satu (1) bulan tanpa sebarang kemudahan asas seperti bekalan air dan telekomunikasi. Pegawai juga perlu menghadapi risiko serangan hidupan liar semasa menjalankan tugas di Pos Kawalan serta risiko serangan penyakit bawaan hidupan liar seperti leptospirosis, metaporosis, malaria, unknown fever, H1N1, Tibi, Zika, Chikungunya dan bakteria tanah yang menjejaskan kesihatan pegawai. Selain daripada serangan hidupan liar, pegawai juga perlu berhadapan dengan ancaman pencerobohan pendatang asing tanpa izin semasa melaksanakan operasi di Pos Kawalan.

Bermalam di Pos Kawalan

Kesukaran yang dihadapi oleh pegawai semasa menjalankan tugas (bot terbalik akibat arus deras)

Antara tugas-tugas penguatkuasaan pegawai PERHILITAN

Bersama pegawai PERHILITAN

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online