LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam 008

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, S yukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmatNya jua, Laporan Tahunan 2023 ini berjaya dihasilkan. Penerbitan laporan tahunan ini merupakan satu khazanah ilmu yang merakamkan pencapaian dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepanjang tahun 2023. Sukacita juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Pegawai Awam atas segala usaha serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2023. Perkhidmatan Awam adalah tonggak negara. Sehubungan itu, semua Pegawai Awam diseru untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan kepimpinan Kerajaan serta membawa perubahan ke arah kebaikan demi negara. Perkhidmatan Awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan. Perancangan, persediaan, adaptasi dan dedikasi semua Pegawai Awam amatlah penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat dalam apa jua cabaran yang dihadapi. Asas nilai individu dan organisasi iaitu THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE (Good Governance, Responsible, Empathy, Accountable, Tenacity of Purpose) perlu diterjemahkan dengan tindakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Perkhidmatan Awam era Malaysia MADANI perlu mempunyai ‘ good practices ’ yang merangkumi kepantasan dalam menjalankan tugas, berintegriti, konsisten melaksanakan penambahbaikan tatakelola, turun padang bagi menangani isu dan bergerak sebagai satu kumpulan dengan mengelakkan sikap ‘ silo ’. Sebagai tulang belakang pentadbiran negara, jentera Perkhidmatan Awam perlu sentiasa menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat kepada rakyat dan negara. Akhir kata, saya berharap agar semua warga JPA dapat menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia dalam mendepani pelbagai cabaran dan berusaha mengatasinya sebaik mungkin serta dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua pihak.

DATO’ SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online