LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
LAPORAN TAHUNAN
LAPORAN TAHUNAN
Imbas untuk versi di Laman Sesawang
Jabatan Perkhidmatan Awam 002
ISI KANDUNGAN
004
006 008
PETIKAN UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
PETIKAN UCAPAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA
011
023
STATUS PERKHIDMATAN AWAM (DATA)
PROFIL KORPORAT
039
045
PENCAPAIAN UTAMA JPA 2023
KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
057 127
PENCAPAIAN BAHAGIAN & UNIT
PRESTASI KEWANGAN DAN AUDIT
Laporan Tahunan 2023 003
131
139
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
DIARI @ JPA
153
157
PROGRAM DAN MEDIA
PENERBITAN
189
173
PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA (MyPPSM) DAN SURAT EDARAN
KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
199
203
SIDANG REDAKSI
PUNCA KUASA
Jabatan Perkhidmatan Awam 004
PETIKAN UCAPAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA
Kini, adalah masa untuk “ THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE ” ditampilkan dengan kita perlu kembali kepada asas nilai individu dan organisasi untuk menyokong SCRIPT: For a Better Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri. G.R.E.A.T adalah rumusan akronim kepada butiran berikut; G – Good Governance (Tadbir Urus Terbaik) Tadbir urus yang dilaksanakan oleh Pegawai Awam dipandu melalui peraturan dan prosedur yang digubal dengan mengambil kira nasihat pemegang taruh ( stakeholder ). Meskipun amalan tadbir urus ini sentiasa ditambah baik sepanjang masa, ruang dan peluang untuk diambil kesempatan tetap wujud. Justeru, Kerajaan perlu menerapkan mekanisme akauntabiliti yang telus seperti tadbir urus terbaik ini bagi mengelakkan salah guna kuasa ini berulang. R – Responsible (Bertanggungjawab) Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah ditentukan oleh banyak faktor. Kepimpinan merupakan penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian matlamat organisasi. Persekitaran yang sentiasa berubah merupakan cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin. Kepimpinan bertanggungjawab ( responsible ) akan menghasilkan organisasi dan perkhidmatan yang bertanggungjawab. E – Empathy (Ihsan) Empati ini bermaksud kita meletakkan diri kita di tempat pelanggan atau sebagai penerima perkhidmatan. Sebagai contoh, perkhidmatan kaunter adalah perkhidmatan barisan hadapan yang penting. Orang awam yang menjadi pelanggan mempunyai kehendak dan ekspektasi yang tinggi terhadap perkhidmatan kaunter yang diberikan oleh jabatan-jabatan Kerajaan. Perkhidmatan kaunter yang cepat dan tepat serta singkat masa menunggu, merupakan harapan pelanggan. Hal ini dapat direalisasikan apabila kita Pegawai Awam berupaya meletakkan diri pada kedudukan sebagai seorang pelanggan. Pengamalan empathy atau ihsan ini telah menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. A – Accountable (Kebertanggungjawaban) Kerajaan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan rakyat. Kebertanggungjawaban harus digalas oleh Pegawai Awam yang telah diberikan amanah. Ini kerana amanah datang bersama tanggungjawab. Nilai akauntabiliti atau kebertanggungjawaban ini menggambarkan kesungguhan, komitmen dan kesetiaan Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan komitmen dan janji seperti yang termaktub dalam Ikrar Perkhidmatan Awam bagi memacu kecemerlangan berkhidmat demi rakyat untuk negara.
Laporan Tahunan 2023 005
T – Tenacity of Purpose (Fokus pada Matlamat) Pegawai Awam harus bersungguh-sungguh melaksanakan tugas dengan memusatkan fikiran bahawa kegagalan kita menyempurnakan tugas akan menyebabkan matlamat akhir juga akan gagal. Bukan sekadar memenuhi atau mencapai Sasaran Kerja Utama atau Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan. Daya tahan, daya juang yang utuh sama ada fizikal dan mental akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan sekalipun berdepan dengan kesukaran.
TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2023 PADA 9 FEBRUARI 2023 AUDITORIUM JPA, KOMPLEKS C, PUTRAJAYA
Jabatan Perkhidmatan Awam 006
PETIKAN UCAPAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM Ke arah Perkhidmatan Awam cemerlang berpaksikan Agenda Malaysia MADANI, saya ingin mengajak semua Pegawai Awam dan warga JPA untuk mengamalkan pendekatan 3R iaitu Re-structure , Re-alignment dan Re-engagement . Dalam apa jua pelaksanaan tugas kita seharian, pendekatan 3R ini perlulah dijadikan pedoman agar penyampaian perkhidmatan kita lebih efektif. Saya sentiasa mengamalkan 3R ini bagi melihat sesuatu isu/ permasalahan dalam perspektif serta sudut pandangan yang lebih holistik. Re-structure memerlukan kita sebagai warga JPA untuk sentiasa proaktif dengan turun padang untuk mendapat maklumat atau mengambil tahu setiap perkara yang berlaku di lapangan. Kita tidak sewajarnya mengambil sikap berdiam diri, tunggu dan lihat sahaja. Ataupun kita hanya mengambil tindakan apabila sesuatu masalah muncul. Proaktif memerlukan kita untuk berupaya meramalkan apa yang akan berlaku dan melakukan persediaan sewajarnya. Selain itu, Re-structure juga menuntut kita untuk meneliti semula struktur/ proses/ sistem supaya penggunaan sumber adalah optimum. Sebagai contoh, agensi yang tidak memberi output / outcome / keuntungan kepada Kerajaan perlulah dikaji semula. Re-alignment adalah penting bagi memastikan kejayaan pencapaian objektif yang telah dihasratkan Kerajaan. Sebagai contoh, Re-alignment menuntut kita untuk membuat penjajaran semula terhadap apa jua dasar/ inisiatif supaya ia seiring dengan persekitaran/ dasar semasa Kerajaan. Seterusnya yang terakhir adalah Re-engagement . Pelbagai kaedah Re-engagement seperti sesi libat urus, townhall , dialog, kaji selidik dan sebagainya adalah penting bagi menyingkirkan silos selain untuk mendapatkan input atau data yang lebih tepat. Sebelum saya akhiri ucapan, ingin saya ingatkan kembali peranan serta tanggungjawab kita sebagai Pegawai Awam dan juga warga JPA. Janganlah kita lupa amanah dan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan. Ayuh, marilah sama-sama kita melaksanakan amanah dengan hati yang tulus ikhlas melalui pendekatan 3R iaitu Re-structure , Re-alignment dan Re-engagement . Apa sahaja yang kita sumbangkan dan usahakan, pastinya diberi ganjaran oleh Allah Subhanahuwataala dan memberi impak yang baik kepada organisasi, masyarakat dan negara.
DATO’ SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 16 JUN 2023 AUDITORIUM JPA, PUTRAJAYA
Laporan Tahunan 2023 007
Marilah sama-sama kita melaksanakan amanah dengan hati yang tulus ikhlas melalui pendekatan 3R iaitu Re-structure , Re-alignment dan Re-engagement .
Jabatan Perkhidmatan Awam 008
PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, S yukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmatNya jua, Laporan Tahunan 2023 ini berjaya dihasilkan. Penerbitan laporan tahunan ini merupakan satu khazanah ilmu yang merakamkan pencapaian dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepanjang tahun 2023. Sukacita juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Pegawai Awam atas segala usaha serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2023. Perkhidmatan Awam adalah tonggak negara. Sehubungan itu, semua Pegawai Awam diseru untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan kepimpinan Kerajaan serta membawa perubahan ke arah kebaikan demi negara. Perkhidmatan Awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan. Perancangan, persediaan, adaptasi dan dedikasi semua Pegawai Awam amatlah penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat dalam apa jua cabaran yang dihadapi. Asas nilai individu dan organisasi iaitu THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE (Good Governance, Responsible, Empathy, Accountable, Tenacity of Purpose) perlu diterjemahkan dengan tindakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Perkhidmatan Awam era Malaysia MADANI perlu mempunyai ‘ good practices ’ yang merangkumi kepantasan dalam menjalankan tugas, berintegriti, konsisten melaksanakan penambahbaikan tatakelola, turun padang bagi menangani isu dan bergerak sebagai satu kumpulan dengan mengelakkan sikap ‘ silo ’. Sebagai tulang belakang pentadbiran negara, jentera Perkhidmatan Awam perlu sentiasa menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat kepada rakyat dan negara. Akhir kata, saya berharap agar semua warga JPA dapat menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia dalam mendepani pelbagai cabaran dan berusaha mengatasinya sebaik mungkin serta dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua pihak.
DATO’ SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
Laporan Tahunan 2023 009
Perkhidmatan awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan.
Jabatan Perkhidmatan Awam 010
Laporan Tahunan 2023 011
PROFIL KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam 012
CARTA ORGANISASI
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (PEMBANGUNAN)
TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (OPERASI)
PENGARAH BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI
PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA
PENGARAH BAHAGIAN PENCEN
PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN DASAR
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI
PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN
PENGARAH BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN
PENGARAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
KETUA UNIT AUDIT DALAM
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PENGARAH BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENASIHAT UNDANG-UNDANG
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
KETUA UNIT INTEGRITI
Laporan Tahunan 2023 013
VISI
Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat
MISI
Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam
SLOGAN
OBJEKTIF Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh; Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya; Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik; Menguruskan Pegawai Awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan; Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam; Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan; Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada Pegawai Awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja; dan Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. “Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan” Menambah baik tadbir urus, mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan Perkhidmatan Awam supaya lebih cekap dan efektif dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang diyakini dan dipercayai rakyat.
Jabatan Perkhidmatan Awam 014
FUNGSI JPA
PERANCANGAN Menentukan peranan sektor awam; Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam; Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia; Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan; Menentukan implikasi penswastaan/ pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan Membangunkan jaringan dan pakatan/ rakan strategik. PEMBANGUNAN
Menentukan dasar pembangunan organisasi; Menentukan dasar pembangunan kerjaya; Pembangunan laluan kerjaya; Membangunkan pelan perancangan penggantian; dan Menentukan dasar latihan. PENGURUSAN
Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia; Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan; Menguruskan pemantauan dasar; dan Menguruskan penilaian dasar.
Laporan Tahunan 2023 015
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 1. Memberikan maklum balas untuk aduan/ pertanyaan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. 2. Mengeluarkan surat makluman dan penyiaran keputusan pemangkuan/ kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam (Bukan Gunasama) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang. 3. Memberi konsultasi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima. 4. Menguruskan sesi libat urus melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) satu (1) kali setahun. 5. Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kelulusan Pengurusan. 6. Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota Perkhidmatan Awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pegawai Psikologi menerima permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien. 7. Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. 8. Memastikan kelulusan faedah persaraan wajib diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh persaraan. 9. Memastikan pengemaskinian maklumat portal JPA dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh maklumat diterima. 10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/ latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.5 pada skala 1-7 daripada penilaian peserta melalui Digital Training Information and Management System (DTIMS). 11. Ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Memorandum Jemaah Menteri yang diterima daripada Kementerian/ Agensi dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima.
Jabatan Perkhidmatan Awam 016
FUNGSI BAHAGIAN
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
Melaksanakan latihan yang memberi tumpuan kepada pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam. Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultasi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.
BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PERANCANGAN DAN DASAR (BPPD)
Melaksana penyelidikan, kajian impak dan penilaian dasar pengurusan sumber manusia. Merancang keperluan dan unjuran makro sumber manusia sektor awam. Menjalin kolaborasi strategik pengurusan sumber manusia sektor awam dalam dan luar negara. Menyelaras ulasan/ maklum balas JPA bagi mesyuarat jemaah menteri, mesyuarat mesyuarat utama Kerajaan, persidangan parlimen dan organisasi antarabangsa. Urus setia Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), mesyuarat-mesyuarat khas dan Mesyuarat Perancangan Strategik JPA. Menyelaras pelaksanaan penilaian prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN (BK)
Menggubal dan melaksana dasar dan strategi perkhidmatan. Memantau pelaksanaan dasar perkhidmatan. Memberi khidmat nasihat dan runding selia berkaitan dasar perkhidmatan. Mengurus sumber manusia Perkhidmatan Gunasama. Mengurus prestasi dan penilaian kompetensi Perkhidmatan Awam. Melaksana urusan tatatertib, peperiksaan dan kenaikan pangkat Perkhidmatan Awam.
BAHAGIAN PERJAWATAN DAN ORGANISASI (BPO)
Menggubal dan memberi khidmat nasihat berkaitan dasar perjawatan dan skim perkhidmatan. Melaksanakan kajian, memberi khidmat nasihat dan rundingan melibatkan urusan skim perkhidmatan, penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan. Pengurusan data maklumat perjawatan dan skim perkhidmatan. Menjalankan audit perjawatan dan skim perkhidmatan.
Laporan Tahunan 2023 017
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI)
Merancang, menggubal dan menyelaras dasar-dasar dan program-program penajaan dan latihan. Melaksanakan program-program penajaan dan program-program latihan berikut:
a) Latihan Sebelum Perkhidmatan b) Latihan Dalam Perkhidmatan Menguruskan kutipan balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi.
BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN (BGE)
Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan sistem saraan Kerajaan (gaji, elaun dan kemudahan sektor awam). Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan perhubungan majikan-pekerja. Menyelidik dan membuat kajian mengenai saraan.
BAHAGIAN PENCEN (BP)
Menggubal dan melaksanakan dasar faedah persaraan dan faedah terbitan. Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Undang-Undang Pencen yang berkuat kuasa. Meluluskan persaraan, faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah pemberhentian perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa. Meluluskan percantuman perkhidmatan lepas (PPL) bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Meluluskan pemberian taraf berpencen (PTB) kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Menguruskan kemudahan perubatan (rawatan dialisis) melibatkan pesara serta mengeluarkan surat jaminan perubatan (GL) kepada pesara dan ibu bapa pesara perkhidmatan awam persekutuan dan pihak berkuasa berkanun tertentu. Menguruskan pembayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan. Mengawal selia pelaksanaan urusan persaraan dan pembangunan sistem pengurusan pencen oleh pihak KWAP. Mengurus data persaraan dan data pemberhentian perkhidmatan. Mengurus program libat urus dan khidmat nasihat melibatkan pelanggan dan pihak berkepentingan; Menguruskan permohonan pendaftaran anak OKU tanggungan pesara dan anak belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mengurus aduan yang diterima daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.
Jabatan Perkhidmatan Awam 018
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI (BPPs) Menguruskan urusan penstrukturan dan naziran perjawatan di JPA. Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai JPA. Menguruskan pembangunan latihan dan kompetensi personel di JPA. Menguruskan urusan berkaitan perkhidmatan dan kaunseling bagi pegawai JPA. Menguruskan urusan kewangan, perolehan dan pembangunan di JPA. Menguruskan program kualiti di JPA. Menguruskan urusan pentadbiran dan logistik di JPA. Menguruskan aktiviti Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dan Kelab JPA. Menyelaras pelaksanaan Aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS) di JPA. Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Menggubal dan menyelaras dasar dan strategik hala tuju psikologi Perkhidmatan Awam. Mengawal selia dan memantau pelaksanaan pengurusan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Menyedia khidmat kepakaran dan sebagai sumber rujukan psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Merancang dan melaksana kajian penyelidikan berkaitan isu psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan amalan nilai dalam Perkhidmatan Awam. Merangka, merancang dan membangun garis panduan/ modul psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Merangka, merancang, membangun, menyelaras, memantau dan melaksana penggunaan instrumen psikometrik dalam Perkhidmatan Awam. Merancang dan menyelaras pengurusan data psikologi dalam Perkhidmatan Awam. Melaksana peranan Ketua Profesion dalam merangka, merancang, membangun dan menyelaras latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Skim Perkhidmatan Psikologi Gunasama Persekutuan.
Laporan Tahunan 2023 019
BAHAGIAN DIGITAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BDTM)
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) Bertanggungjawab untuk memastikan HRMIS dilaksanakan di semua agensi dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Digital. Menyedia dan membekal maklumat personel sektor awam yang menyeluruh. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dipercayai dan selamat. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi berlandaskan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP). Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT. Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT. Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan JPA. Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi JPA. Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan. Mengurus dan memantau kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA. Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, MyGCC dan saluran komunikasi JPA. Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA secara tahunan. Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan JPA bersama-sama Bahagian/ Unit.
PENASIHAT UNDANG-UNDANG (PUU)
Memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan. Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan. Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang di dalamnya Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi. Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Kerajaan.
Jabatan Perkhidmatan Awam 020
Memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan dan mengemukakan draf rang undang-undang kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan kelulusannya. Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut undang-undang. Menyertai sesi perkongsian maklumat atau latihan mengenai perkara undang-undang dengan memberikan kepakaran undang-undang kepada kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan.
UNIT AUDIT DALAM (UAD)
Memberi nasihat dan pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. Melaporkan kepada Ketua Eksekutif hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. Menilai aktiviti Jabatan dengan memberi tumpuan terhadap penggunaan sumber serta pencapaian matlamat yang diharapkan secara efektif, efisien dan ekonomi.
UNIT INTEGRITI (UI)
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di JPA. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di JPA. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di JPA serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan di JPA. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di JPA.
Laporan Tahunan 2023 021
Jabatan Perkhidmatan Awam 022
Laporan Tahunan 2023 023
STATUS PERKHIDMATAN AWAM ( DATA )
Jabatan Perkhidmatan Awam 024
PERKHIDMATAN TERAS JPA
Dasar Pengurusan Sumber Manusia
Urusan Perkhidmatan
Perjawatan dan Organisasi
Gaji, Elaun dan Kemudahan
Latihan & Perundingan
Perkhidmatan Psikologi
Biasiswa dan Tajaan
Pencen
KEANGGOTAAN JPA Perjawatan dan Pengisian di JPA
JUMLAH KESELURUHAN PERJAWATAN 2,539 JUMLAH PERJAWATAN 2,277 JUMLAH PENGISIAN
JUMLAH PERJAWATAN
JUMLAH PENGISIAN
BIL KATEGORI
1. Kumpulan Pengurusan Tertinggi 2. Kumpulan Pengurusan & Profesional 3. Kumpulan Pelaksana
43
40
883
787
1,613
1,450
Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Khidmat Pengurusan
Laporan Tahunan 2023 025
PELANGGAN JPA Pegawai Awam
JUMLAH KESELURUHAN PEGAWAI AWAM
JUMLAH PERJAWATAN
JUMLAH PENGISIAN
BIL KATEGORI
1. Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP)
1,409,372
1,229,205
2. Perkhidmatan Awam Negeri (PAN)
103,898
88,120
1,744,748 JUMLAH PERJAWATAN 1,505,218 JUMLAH PENGISIAN
3. Badan Berkanun Persekutuan (BBP)
156,420
122,974
4. Badan Berkanun Negeri (BBN) 5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
16,555
14,197
58,503
50,722
Nota : Data sehingga September 2023 Sumber: • Perjawatan – Sistem MyPost, BPO, JPA • Pengisian – Kementerian/ PSUK Negeri
Graf: Trend Perjawatan Awam Tahun 2020-2023
1,744,748
1,731,557
1,720,627
1,711,072 Bilangan Perjawatan
2023
2020
2021
2022
Nota : Data Perjawatan bagi tahun 2020, 2021 dan 2022 adalah pada kedudukan 31 Disember manakala bagi 2023 adalah pada kedudukan 30 September 2023.
Jabatan Perkhidmatan Awam 026
Agensi Kerajaan
JUMLAH KESELURUHAN AGENSI KERAJAAN
BIL KATEGORI
JUMLAH AGENSI
1. Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP) 2. Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) 3. Badan Berkanun Persekutuan (BBP) 4. Badan Berkanun Negeri (BBN) 5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Perjawatan dan Organisasi
160 397
84 101
888 JUMLAH AGENSI
146
Pesara dan Penerima Pencen Terbitan
JUMLAH KESELURUHAN PESARA DAN PENERIMA PENCEN TERBITAN
BIL KATEGORI
JUMLAH 688,585 243,122
1. Pesara
2. Penerima Pencen Terbitan
Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Pencen
931,707 JUMLAH
Graf: Bilangan Pesara dan Penerima Pencen Terbitan dari Tahun 2020-2023
931,707
902,999
878,441
859,422
Bilangan Keseluruhan
2023
2020
2021
2022
Laporan Tahunan 2023 027
Pelajar Tajaan
JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR TAJAAN 44,219 JUMLAH
JUMLAH PELAJAR TAJAAN
BIL KATEGORI
1. Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam Negara) 2. Latihan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara) 3. Latihan Dalam Perkhidmatan (Luar Negara) 4. Latihan Sebelum Perkhidmatan (Luar Negara)
1,781
40,866
207
1,365
Nota : Data sehingga Disember 2023 Sumber: Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam 028
LATIHAN SEKTOR AWAM
STATISTIK PESERTA MENGHADIRI LATIHAN SEKTOR AWAM DI INTAN BAGI TAHUN 2023 01
Bilangan Peserta 33,572
Bilangan Peserta 33,475
Bilangan Peserta 355,428
DATA STATISTIK DIGITAL TRAINING INFORMATION &
MANAGEMENT SYSTEM (DTIMS) 2023 02
Bilangan Kursus 739
Bilangan Mohon 88,678
Bilangan Hadir 33,572
Skor Kursus 6.71
DATA STATISTIK INTEGRATED EVENT MANAGEMENT GATEWAY (I-EMG) 2023 03
Bilangan Kursus 156
Bilangan Mohon 41,871
Bilangan Hadir 33,475
Skor Kursus 6.66
Laporan Tahunan 2023 029
DATA STATISTIK E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) 2023 04
Bilangan Keahlian 153,609
Bilangan Daftar 532,581
Bilangan Tamat 355,428
Jumlah Kursus 272
18,789 Pegawai Awam
JUMLAH PENYERTAAN
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) Jabatan Perkhidmatan Awam 030
JPA berperanan mengurus penawaran program penajaan dan latihan kepada Pegawai Awam untuk mengikuti kursus jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang sama ada di dalam atau luar negara. Pegawai tertanggung sedia ada dan pegawai baharu termasuk pegawai yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh (CBBP) bagi tahun 2023 seperti jadual berikut: Jadual: Jumlah Pegawai Tertanggung Bagi Tahun 2023
LOKASI PENGAJIAN
PROGRAM
PERINGKAT PENGAJIAN
JUMLAH
DALAM NEGARA
LUAR NEGARA
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB)
Ph.D
21 14
10
49
Sarjana
4
Ph.D
356 438
20
832
Sarjana
18
Ph.D
53 72
- - - - - -
125
Sarjana Sarjana
11 - 2
SPADA
11
Diploma Lanjutan Sijil/ Diploma TVET
Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP)
Diploma
93
315
Ijazah (Sepenuh Masa & Separuh Masa)
220
-
Ph.D
3
13
Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tajaan Lain-lain Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tanpa Biasiswa JUMLAH KESELURUHAN
Sarjana
21
27
70
Sijil/ Diploma Lanjutan
-
6 - 2
Ph.D
46
129
Sarjana
81
1,431
100
1,531
JUMLAH KESELURUHAN
1,431 pegawai di dalam negara
100 pegawai di luar negara
1,531 pegawai
Laporan Tahunan 2023 031
LATIHAN SEBELUM PERKHIDMATAN (LSP) Sebanyak 7 program penajaan dalam dan luar negara telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM95.07 juta dan melibatkan 14,935 slot penawaran tajaan. Perincian pencapaian LSP tahun 2023 adalah seperti berikut:
JUMLAH KESELURUHAN PENAJAAN 12,381 pencapaian penajaan
PENCAPAIAN TAHUN 2023
BIL. PROGRAM
1. Program Penajaan Nasional (PPN) 2. Program Khas JPA-MARA (PKJM) 3. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) 4. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) 5. Program Dermasiswa B40 (DB40) 6. Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 7. Program Penajaan Anak Diplomat (PADi)
20
227
155
191
4,353 7,409
26
KUTIPAN BALIK PINJAMAN DAN TUNTUTAN GANTI RUGI Sehingga 31 Disember 2023, bilangan penama yang berstatus aktif adalah seramai 79,820 orang. Pecahan berdasarkan jenis tuntutan adalah seperti berikut: Rajah: Bilangan Penama Aktif Berdasarkan Jenis Tajaan sehingga 31 Disember 2023
JUMLAH KESELURUHAN PENAMA 79,820 orang
JENIS TAJAAN
BILANGAN PENAMA
Pinjaman Pelajaran (KWATPPPP)
53,507
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Model Baharu Penajaan
23,515
Ganti Rugi Biasiswa Persekutuan
2,513
Ganti Rugi Pinjaman (PBU)
285
Jabatan Perkhidmatan Awam 032
PEJABAT PENASIHAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan terletak di lapan buah negara dengan penempatan pegawai-pegawai seperti berikut:
PENEMPATAN
NAMA PEGAWAI
Tariq Affendi Yahya bin Osman Nur Zarifah binti Mohamad Zahidi Mohd Nazim bin Annas Mohamad Amirul Faiz bin Mohd Fozi Mohd Shazrol bin Mohd Shah Mohd Redza Nizam bin Radzuan Salwa Izani binti Kamarzaman Imran bin Yussof Yang Munirah binti Abdul Ghani
London, United Kingdom
Paris, Perancis
Frankfurt, Jerman
Wellington, New Zealand
Tokyo, Jepun
Nur Khairunnisa binti Abdillah Azziera binti Hashim Shahril Nizam bin Idris Liyana Jalwati binti Alias Sangeeta a/p Balachanthra
Washington D.C., Amerika Syarikat
Seoul, Korea Selatan
Chennai, India
Laporan Tahunan 2023 033
INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM
Kajian Indeks Kesejahteraan Perkhidmatan Awam (IKPM) dilaksanakan untuk mengukur tahap kesejahteraan Pegawai Awam dari aspek emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial serta dapat mengimbangi dalam urusan kerjaya dan kehidupan seharian. Graf: Skor Indeks Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam (IKPM) Tahun 2018-2023
7.58 (n=159,633)
7.43 (n=218,397)
7.05 (n=227,510)
6.83 (n=182,822)
Petunjuk Skor Indeks
8-10 5-7 0-4
Tinggi
Skor Indeks
Sederhana
Rendah
2023
2020
2021
2022
Jabatan Perkhidmatan Awam 034
Graf: Bilangan Pengguna HRMIS bagi Tahun 2021-2023 Jumlah Pengguna Jumlah Aduan Berdasarkan daripada laporan yang dijana, jumlah pengguna HRMIS meningkat untuk tiga tahun terkini (2021, 2022 dan 2023). Ini menunjukkan semakin ramai Pegawai Awam menggunakan sistem HRMIS bagi perkhidmatan berkaitan pengurusan sumber manusia. Jumlah aduan di Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) adalah menurun ketika penangguhan pelaksanaan KPI HRMIS pada tahun 2023. Graf: Jumlah Aduan Sistem Pengurusan Bantuan (SPMB) bagi Tahun 2021-2023 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS) 10,019,016 38,949 2023 9,639,623 47,128 2022 7,740,456 20,294 2021
2023
2021
2022
Laporan Tahunan 2023 035
PENTADBIRAN, KORPORAT DAN PENERBITAN
Sepanjang tahun 2023, statistik bagi jumlah pelaksanaan aktiviti yang adalah seperti di bawah :
AKTIVITI
JUMLAH
Kunjungan Hormat
70
Penerbitan
£ Laporan Tahunan JPA £ Coffee Table Book JPA £ Bulletin JPA
1 1 1
Poster/ Infografik
540 100
Kandungan Paparan TV Digital
Liputan Foto
£ Program £ Foto
508 15,240
Kandungan Portal
300
MEDIA DAN PUBLISITI Promosi program/ dasar/ aktiviti JPA dilaksanakan secara strategik menerusi semua saluran yang bersesuaian seperti media massa, media sosial rasmi Jabatan dan komunikasi secara bersemuka melalui perkhidmatan kaunter pameran. Jadual: Pencapaian Pengikut Laman Media Rasmi JPA
AKTIVITI
JUMLAH PENGIKUT
Facebook (Jabatan Perkhidmatan Awam)
611,855 102,826 38,230
X (@jpagov)
Instagram (@jpa2day)
YouTube (Jabatan Perkhidmatan Awam)
957
Nota : Data sehingga Disember 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 036
Jadual: Pencapaian Reach Tertinggi pada Tahun 2023
KOMUNIKASI VISUAL
REACH 1,079,916 793,291 263,922
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Waris pesara dan penerima pencen terbitan Bantuan Khas Penghargaan Tahun 2023
Soalan Lazim Berhubung Surat Edaran JPA.100-11/4/1 (13): Pemakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kenaikan Kadar Maksimum & Pemberian Awal Award Wang Tunai Penjelasan Pembatalan Penyelarasan Pencen 2% kepada Pesara Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
215,751
145,791
144,370 134,549
KHIDMAT PELANGGAN Pengurusan aduan dan maklum balas JPA diterima melalui lima (5) sumber utama iaitu emel, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA), Biro Pengaduan Awam (BPA), saring semula dan hadir sendiri. Sepanjang tahun 2023, JPA telah menerima sebanyak 4,024 aduan dan maklum balas mengikut kategori seperti berikut:
JENIS
KATEGORI
TERIMA
JUMLAH
Biasa
120
Aduan
127
Kompleks Pertanyaan
7
3,763
Rayuan
43 75
Bukan Aduan
3,897
Cadangan
Penghargaan
16
4,024 aduan
JUMLAH KESELURUHAN ADUAN DITERIMA
Laporan Tahunan 2023 037
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN LUARAN JPA Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JPA bagi menilai tahap kecekapan pengurusan perkhidmatan di samping menambahbaik kualiti perkhidmatan serta memperkasakan Perkhidmatan Awam pada tahap terbaik. Graf : Statistik Kepuasan Pelanggan Luaran JPA Mengikut Tahun
97.80%
92.20%
91.33%
2023
2021
2022
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN SECARA MAYA (e-Pelanggan) Program Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya (e-Pelanggan) merupakan salah satu inisiatif JPA dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan menerusi komunikasi dua hala antara pelanggan bersama pegawai-pegawai JPA dengan memberi ruang kepada pelanggan untuk berkongsi pendapat, cadangan mahupun pertanyaan. Bagi tahun 2023, sebanyak enam (6) sesi e-Pelanggan telah dilaksanakan dengan pencapaian tahunan adalah seperti berikut:
Graf : Statistik e-Pelanggan bagi Tahun 2023
70,734 jumlah kunjungan Website e-pelanggan 1,056 jumlah sesi sembang
Februari Mac Mei Julai
248
254
165
164
September November
101
124
TOPIK TERTINGGI BAHAGIAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENCEN
224
103
88
103
Pencen dan Persaraan
Naik Pangkat
GCR
Pertukaran
BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
115
92
50
Elaun
Cuti
Biasiswa/ Penajaan
Jabatan Perkhidmatan Awam 038
Laporan Tahunan 2023 039
PENCAPAIAN UTAMA JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 040
1/3
Dengan kerjasama : Kementerian Pendidikan Tinggi dan Universiti Kebangsaan Malaysia
KEPADA PEGAWAI AWAM
INFOGRAFIK UKK,JPA JANUARI 2024
Laporan Tahunan 2023 041
2/3
Pegawai Awam Gred 56 dan ke bawah
Pegawai Awam
INFOGRAFIK UKK,JPA JANUARI 2024
Jabatan Perkhidmatan Awam 042
3/3
INFOGRAFIK UKK,JPA JANUARI 2024
Laporan Tahunan 2023 043
Jabatan Perkhidmatan Awam 044
Laporan Tahunan 2023 045
KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM ( SSPA )
Jabatan Perkhidmatan Awam 046
KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
PENGENALAN
Setelah hampir 21 tahun anggota Perkhidmatan Awam mengguna pakai Sistem Saraan Malaysia (SSM), Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar semakan sistem saraan dilaksanakan menerusi Kajian SSPA. Kajian SSPA ini dilaksanakan bagi menangani cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh Perkhidmatan Awam melibatkan; i. Pendapatan boleh guna Pegawai Awam tidak seiring dengan peningkatan produktiviti dan kos sara hidup semasa; ii. Keperluan pembangunan kepimpinan digital; iii. Bebanan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran emolumen dan faedah persaraan Pegawai Awam; dan iv. Pembudayaan nilai dan integriti Pegawai Awam. Prinsip SSPA telah dibentuk dengan mengambil kira perkaitan antara pembentukan modal insan dan aspirasi nasional. Tiga (3) elemen utama prinsip SSPA adalah Dinamik , Nilai dan Adil (DNA) , yang merangkumi elemen organisasi dan Pegawai Awam.
Rajah: Prinsip SSPA
D N A
Dinamik Struktur dan Skim perkhidmatan serta modal insan sektor awam yang tangkas dan sedia masa hadapan.
Nilai Penerapan nilai dan amalan murni Pegawai Awam ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan berorientasikan rakyat. Adil Kesaksamaan dan kesamarataan dalam penetapan dasar sumber manusia merangkumi fasa sebelum, semasa dan pasca perkhidmatan.
Laporan Tahunan 2023 047
Keberhasilan Utama SSPA Dua (2) keberhasilan utama yang disasarkan dalam SSPA berkisar kepada pembangunan dan peningkatan produktiviti Perkhidmatan Awam. Keberhasilan utama yang pertama adalah untuk memantapkan kesejahteraan dan produktiviti kerja Pegawai Awam. Manakala keberhasilan utama kedua adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber yang ada seperti tenaga kerja, teknologi, dan kewangan dengan cara yang paling efektif dan efisien.
Memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dengan mengoptimumkan sumber
Memantapkan kesejahteraan dan produktiviti kerja Pegawai Awam
Objektif SSPA
Meningkatkan kecekapan agensi/ Pegawai Awam 01 Mengoptimumkan kos pengurusan 02
OBJEKTIF
Pegawai Awam 03
Menggalakkan produktiviti
Pegawai Awam 04
Meningkatkan kesejahteraan
Jabatan Perkhidmatan Awam 048
Tadbir Urus Kajian SSPA Tadbir urus kajian ini dipandu oleh tiga (3) peringkat jawatankuasa yang telah dibentuk bersama sama dengan tanggungjawab khusus ke arah mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada;
01
02
03
Jawatankuasa Induk Kajian SSPA(JIKSPA)
Jawatankuasa Teknikal Kajian SSPA (JTKSPA)
Jawatankuasa Kerja SSPA (JKKSPA)
Strategi Pelaksanaan SSPA
Cabaran
STRATEGI PELAKSANAAN
Pendapatan boleh guna Pegawai Awam tidak seiring dengan kos sara hidup semasa Bebanan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran emolumen dan faedah persaraan Pegawai Awam Keperluan pembangunan kepimpinan digital Keperluan pembudayaan nilai dan integriti Pegawai Awam
Meningkatkan pendapatan boleh guna Pegawai Awam Mengurangkan tanggungan fiskal Kerajaan bagi pembayaran faedah persaraan Meningkatkan produktiviti Pegawai Awam melalui pembudayaan nilai dan adaptasi teknologi pendigitalan
Laporan Tahunan 2023 049
Sesi Libat Urus Sebanyak enam (6) sesi libat urus melibatkan kelompok perkhidmatan Kementerian dan agensi serta 13 sesi libat urus di peringkat negeri telah berjaya dilaksanakan. Secara keseluruhannya, seramai 13,659 Pegawai Awam telah menghadiri sesi-sesi berkenaan. Sesi libat urus (SLU) adalah seperti gambar SLU berikut: a) Sesi Libat Urus Kelompok Perkhidmatan STATUS PELAKSANAAN KAJIAN SSPA PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA CUEPACS SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN SAINS & TEKNOLOGI 01 02
Tarikh: 18 Julai 2023
Tempat: Jabatan Perdana Menteri
Tarikh: 29 Julai 2023
Tempat: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN KESELAMATAN
SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN KESIHATAN
03
04
Tarikh: 30 Julai 2023
Tempat: Kementerian Dalam Negeri
Tarikh: 31 Julai 2023
Tempat: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam 050
SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN PENGURUSAN
SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
05
06
Tarikh: 1 Ogos 2023
Tempat: Kementerian Ekonomi
Tarikh: 1 Ogos 2023
Tempat: Kementerian Pendidikan Malaysia
SESI LIBAT URUS KLUSTER PERKHIDMATAN TEKNIKAL
07
Tarikh: 2 Ogos 2023
Tempat: Kementerian Kerja Raya
b) Sesi Libat Urus Peringkat Negeri
SESI LIBAT URUS YBHG. DATO' SERI DR. ZULKAPLI BIN MOHAMED, KPPA BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PULAU PINANG
02
01
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 5 September 2023
Tempat: Terengganu
Tarikh: 18 Ogos 2023
Tempat: Pulau Pinang
Laporan Tahunan 2023 051
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM DI NEGERI KEDAH
03
04
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 13 September 2023
Tempat: Kedah
Tarikh: 8 September 2023
Tempat: Negeri Sembilan
05
06
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PERAK
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PAHANG
Tarikh: 15 September 2023
Tempat: Perak
Tarikh: 20 September 2023
Tempat: Pahang
08
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI SELANGOR
07
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI PERLIS
Tarikh: 26 September 2023
Tempat: Selangor
Tarikh: 22 September 2023
Tempat: Perlis
Jabatan Perkhidmatan Awam 052
09
10
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI MELAKA
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA-SAMA PEGAWAI AWAM NEGERI KELANTAN
Tarikh: 27 September 2023
Tempat: Melaka
Tarikh: 10 Oktober 2023
Tempat: Kelantan
11
12
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM DI NEGERI JOHOR
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM DI NEGERI SABAH
Tarikh: 1 November 2023
Tempat: Johor
Tarikh: 2 November 2023
Tempat: Sabah
23
SESI LIBAT URUS KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM DI NEGERI SARAWAK
Tarikh: 10 November 2023
Tempat: Sarawak
Laporan Tahunan 2023 053
Perincian Sesi Libat Urus adalah seperti Rajah-Rajah di bawah.
Rajah: Perincian Sesi Libat Urus Kajian SSPA Peringkat Kelompok
BILANGAN PESERTA
KLUSTER
KETUA KLUSTER
TARIKH
650
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
2 Ogos 2023 (Rabu)
A, AB, AL, AT, H, J, JA
TEKNIKAL
DG, DH, DM, DS, DU, DUF, DUG, DV
3,666
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
1 Ogos 2023 (Selasa)
PENDIDIKAN
B, E, L, LA, LS, M, N, NT, S, W, WA, WK
176
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi
1 Ogos 2023 (Selasa)
PENGURUSAN
U, UD, UF, S (Peg. Psikologi/
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia
31 Julai 2023 (Isnin)
456
KESIHATAN
Pen. Peg. Psikologi)
660
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
30 Julai 2023 (Ahad)
KA, KB, KP, P, T, Y, YA, YP, ZA
KESELAMATAN
Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
433
C, F, FA, FT, G, GV, Q
SAINS & TEKNOLOGI
29 Julai 2023 (Sabtu)
6,041 orang
JUMLAH KESELURUHAN PESERTA
Rajah: P erincian Sesi Libat Urus Kajian SSPA Peringkat Negeri Bagi Tahun 2023
Negeri Sembilan 737 orang
Pulau Pinang 557 orang
Terengganu 1,012 orang
Kedah 551 orang
Perak 1,187 orang
Pahang 1,118 orang
18 Ogos
5 September
8 September
12 September
14 September
20 September
2 November
1 November
10 Oktober
27 September
26 September
22 September
Sabah 528 orang
Johor 506 orang
Kelantan 412 orang
Melaka 269 orang
Selangor 1,228 orang
Perlis 547 orang
9,532 orang
JUMLAH KESELURUHAN PESERTA
10 November
Sarawak 880 orang
Jabatan Perkhidmatan Awam 054
Portal SSPA Portal Kajian SSPA (https://semakansaraan.jpa. gov.my) telah dibangunkan bagi membolehkan Pegawai Awam mengemukakan cadangan pembaharuan dan penambahbaikan berkaitan sistem saraan sedia ada. Sehingga 31 Disember 2023, sejumlah 45,140 responden yang melibatkan semua 229 skim perkhidmatan telah mengemukakan 118,390 cadangan menerusi portal Kajian SSPA.
45,140 jumlah responden
229 jumlah skim perkhidmatan
118,390 jumlah cadangan
Lawatan Penandaarasan Sesi penandaarasan pertama telah diadakan di Brunei Darussalam pada 8 hingga 11 November 2023. Manakala Sesi penandaarasan kedua telah diadakan di negara Australia pada 26 November hingga 6 Disember 2023.
Laporan Tahunan 2023 055
Jabatan Perkhidmatan Awam 056
Laporan Tahunan 2023 057
PENCAPAIAN BAHAGIAN & UNIT
Jabatan Perkhidmatan Awam 058
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) FORUM THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE : CABARAN DAN ASPIRASI BAHARU PERKHIDMATAN AWAM 01
Seramai empat (4) orang panel pembentang telah mengambil bahagian dalam forum iaitu YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh; YBrs. Dr. Mazrina binti Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia dan YBhg. Datuk Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Setiausaha Sulit Kanan, Ketua Setiausaha Negara. Ahli panel telah mengupas kepentingan lima (5) elemen G.R.E.A.T iaitu Governance, Responsible, Empathy, Accountable & Tenacity of Purpose dalam pelaksanaan tugas melalui pengalaman mereka dalam menguruskan organisasi masing-masing. Forum ini memberi pendedahan mengenai kepentingan elemen The G.R.E.A.T Civil Service kepada Pegawai Awam di samping memberi kefahaman mengenai pengaplikasian konsep G.R.E.A.T menerusi pelaksanaan inisiatif inisiatif baharu dalam amalan pekerjaan seharian dan bagi melonjakkan imej dan tahap perkhidmatan. Forum The G.R.E.A.T Civil Service ini telah mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatat penyertaan seramai 450 orang Pegawai Awam daripada pelbagai agensi Kerajaan di seluruh Malaysia. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah INTAN.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan ucaptama pada Forum The G.R.E.A.T Civil Service dan seterusnya melancarkan Buku G.R.E.A.T serta Modul Latihan Konsep G.R.E.A.T pada 20 Jun 2023 di Auditorium INTAN, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Buku yang telah dihasilkan ini membawakan latar belakang cetusan idea The G.R.E.A.T Civil Service oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara dan hubungkaitnya dengan Gagasan Malaysia MADANI. Lima nilai utama dalam konsep G.R.E.A.T dijelaskan dengan lebih terperinci, di samping perbincangan berkaitan cabaran Perkhidmatan Awam masa hadapan. Modul kursus yang dihasilkan pula bertujuan menyematkan hasrat, falsafah dan aspirasi The G.R.E.A.T Civil Service dalam kalangan Pegawai Awam, yang diharapkan dapat mencorakkan budaya kerja yang unggul dalam pelaksanaan tugas di organisasi masing-masing. Pada majlis ini juga, Forum The G.R.E.A.T Civil Service telah dilangsungkan sebagai medan perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh Pegawai Awam dalam menghayati dan melaksanakan aspirasi G.R.E.A.T sebagai hala tuju penyampaian perkhidmatan oleh sektor awam dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online