BUKU PENA PAKAR SME
Persediaan taksidermi yang diperlukan dari segi kakitangan adalah yang mempunyai minat, kesabaran, daya seni, kemahiran dan semangat kerjasama untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Taksidermi spesis badak sumatera jarang dapat dilakukan kerana kesukaran mendapatkan spesimennya. Pelaksanaan taksidermi Puntung mungkin menjadi satu-satunya peluang terakhir yang diberikan memandangkan spesis ini telah pun pupus. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Penulisan ini boleh menjadi asas bagi mengembangkan bidang taksidermi ke atas hidupan liar lain dalam kumpulan mamalia besar. Selain itu, penulisan ini dapat memberi inspirasi kepada kakitangan awam yang menunjukkan minat, ketekunan, kemahiran dan daya kesenian disamping mempunyai semangat kerjasama berpasukan yang diperlukan untuk penghasilan taksidermi. Hal ini juga membuktikan kakitangan jabatan sendiri boleh melakukan taksidermi tanpa memerlukan bantuan pihak luar yang pasti memerlukan kos yang tinggi. Taksidermi ke atas badak sumatera memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati keunikan spesis yang telah pupus di bumi Malaysia dan dalam masa yang sama memberi kesedaran betapa pentingnya rakyat perlu bersama-sama menjaga dan mengekalkan khazanah hidupan liar. 4. 5.
45
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online