BUKU PENA PAKAR SME
Taksidermi Badak Sumatera Mohd Samsudin bin Mohd Suri
(Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)
Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh
Skop kajian: Menghasilkan satu (1) replika badak sumatera betina bernama ‘Puntung’ yang telah dimatikan secara suntikan (eutanasia) kerana menderita penyakit kanser carcinoma dengan menjalankan proses taksidermi ke atas kulitnya di Pusat Konservasi Badak Sumatera, Tabin, Sabah. Metodologi: Spesimen: Kulit badak sumatera Puntung yang disimpan di Pusat Pembiakan Badak Sumatera, Tabin, Sabah.
Peralatan dan bahan: (i) Peralatan melapah ( skinning ) (ii) Bahan penyamakan ( tanning ) (iii) Bahan untuk moulding badan, kepala, sumbu dan mata tiruan
(iv) Peralatan pertukangan (v) Peralatan kimpalan (vi) Peralatan jahitan
Langkah-langkah taksidermi yang terlibat: (i) Persediaan ( preparing ) (ii) Pengukuran ( measuring ) (iii) Melapah ( skinning ) (iv) Penyamakan ( tanning )
(v) Membuat badan tiruan ( moulding ) (vi) Pemasangan ( mounting ) (vii) Penyimpanan ( displaying ) (viii) Pengekalan ( preserving)
Poin nyata ( key knowledge ): 1.
Taksidermi adalah tugas mereka bentuk semula spesis secara 3-dimensi sebagai gabungan sains dan seni yang seolah hidup untuk dipamerkan bagi memberi peluang masyarakat menikmati keunikan dan nilai estatikanya. Campuran garam, alum (tawas), asid sulfurik dan air dapat membuang lebihan daging, lemak dan tisu pada kulit badak sumatera dalam proses penyamakan ( tanning ) dengan kaedah rendaman. Mereka bentuk badan palsu memerlukan data ukuran badak sumatera yang sebenar supaya pemakaian dan penjahitan kulit ke atasnya kelak tidak menimbulkan masalah.
2.
3.
44
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online