LAPORAN TAHUNAN JPA TAHUN 2023
Jabatan Perkhidmatan Awam 114
Mesyuarat Kerja Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik Pendigitalan JPA (PSP JPA) Tahun 2021 2025 telah dilaksanakan di The Everly Hotel, Putrajaya. Kajian Separuh Penggal ini penting bagi memastikan PSP JPA Tahun 2021-2025 yang telah disusun dan dirancang dengan teratur berjalan dengan lancar dan sentiasa relevan bagi menyokong aspirasi JPA dalam memastikan ekosistem Perkhidmatan Awam digital yang inovatif dan responsif. MESYUARAT KERJA KAJIAN SEPARUH PENGGAL PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN JPA 04
PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) TAHUN 2023 05
Program HRMIS User Group Summit (HUGS) bagi tahun 2023 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia merupakan platform kepada JPA untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan HRMIS di Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ PSUK. Sasaran penyertaan bagi program ini adalah daripada kalangan Pentadbir HRMIS secara khususnya dan Pengurus Sumber Manusia agensi secara amnya. Program telah berlangsung pada 21 September 2023 bertempat di Mesmera Ballroom, The Everly Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Rosilawati binti Budor, Pengarah BDTM. Program HUGS pada tahun 2023 menjadi platform bagi memberi penerangan mengenai sistem HRM Baharu dan membuat kaji selidik awal tahap kesediaan pengguna terhadap sistem HRM Baharu.
Made with FlippingBook - professional solution for displaying marketing and sales documents online